Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Shanana Tabung Bencana Ana



Bila sesuatu kawasan dilanda bencana. Ada pihak segera menghulurkan bantuan. Atas nama kemanusiaan, tanpa mengira fahaman politik mangsa bencana.

Dak gitu?

Tetapi bagaimana jikalau kawasan dilanda bencana itu bukan negeri dikuasai Barisan Nasional, malah di negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Maka lawak Lah jadinya.

Entah Lah.

Begini kot...

...

Ketua: Duit ini disalurkan dari Kerajaan pusat ke agensinya di negeri ini. Tabung itu bertujuan membantu rakyat yang mengalami kesusahan jika berlaku bencana alam seperti ribut dan banjir.

Wartawan 1: Kenapa tak salur terus ke kerajaan negeri?

Ketua: Sebab kerajaan negeri mereka tidak ada tabung sedemikian. Di negeri dikuasai Barisan Nasional, ada Tabung Tahap 1, dan Tabung Tahap 2. Di negeri ini, Pakatan Rakyat, tak ada tabung sedemikian.

Wartawan 2: Jadi ini Tabung tahap berapa?

Ketua: Ini Tabung Tahap 3.

Wartawan 3: Berapa jumlah peruntukannya?

Ketua: Peruntukan Khas ini berjumlah RM 10 Juta.

...

Kuang! Pooo!! Litit!!!

Ilham dari Blog Ini Yang Aku Rasa.

P 36 Kuala Terengganu - Sekadar Pendapat Wan Jamil

Cuti. Wan Jamil sekeluarga bertamu di rumah saya. Kerabat Kampung Padang Kemunting, Kijai, Kemaman, Terengganu.

Berbual sakan Lah kami. Menyentuh P 36 Kuala Terengganu.

Di antaranya:

"Peluang, PAS menang kali ini", katanya memulakan perbualan. "UMNO sedang kelam-kabut", sambungnya.

"Wan Ahmad Farid calon pilihan Najib. Pak Lah ada orang dia, tapi Najib nak Wan Ahmad Farid juga", katanya.


Najib Tun Razak menjulang tangan
Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) bersama
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
di Kuala Terengganu, semalam.
Sumber Foto:
http://www.utusan.com.my/

"Cakap Pak Lah restu itu cakap politik. Najib sedang bina orangnya. Pak Lah tak kan peduli apa jadi di Kuala Terengganu", katanya sambil merenung jauh.

"Bukan, bukan direct dengan Khairy. Wan Ahmad Farid direct dengan Najib. Najib yang hendak Wan Ahmad Farid sangat-sangat, jadi calon", tambahnya.

"Tapi Najib silap, pergi umum awal-awal. Bila ramai dah tahu, ada yang mula tumpu agenda sendiri, 9 Mac 2009. Ada yang tak peduli sangat Wan Ahmad Farid menang atau kalah. Tapi besar kemungkinan Barisan Nasional kalah...", katanya penuh yakin.

...

Amboi! Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon pilihan Mohd Najib Abdul Razak..?

Menarik untuk dikaji seterusnya...

P 36 Kuala Terengganu - Sambal Tumis Panas Gua Mau Petai Lu Taruk RM 60 Billion

Seronok baca pos di Blog SAMBAL TUMIS.

ABOUT SAMBAL TUMIS

My Photo
Sheikh Sambal
Miri Oil Town, Sarawak, Malaysia
Sambal tumis is a Malay delicacy, widely loved by Malaysians and non Malaysians alike. But I love my mum's version of sambal tumis..simply the best! Minang style with a touch of Belacan Bintulu.
View my complete profile

31 December 2008

Semakin Panas di Terengganu


Katalah undi Melayu pecah dua kepada blok UMNO dan PAS.
Maka undi Cinalah yang jadi penentu. Orang Cina kini adalah
'king maker' di Kuala Terengganu. Tak hairanlah RM6.1juta
kini dijadikan umpan undi untuk menangkap undi orang Cina.

Sambungan di sini:

http://barukabordal.blogspot.com/2008/12/semakin-panas-di-terengganu.html
Maka saya tambah begini:

Jikalau sudah diketahui awak itu 'king maker', ada pihak yang duit banyak diperuntukkan di P 36 Kuala Terengganu, sedangkan partinya sedang tersepit, nak menang sangat, dan memang terkenol beri punya dengan prihatinnya di sewaktu pilihanraya, maka mintaklah paling sikit RM 60 Billion.

Bukan senang nak dapat peluang begini lagi.

Ibarat panasnya Sambal Tumis, buat bising saja, "Gua mau lu taruk petai RM 60 Billion!". Jikalau kereta BOMBA, sampai dia mereka yang pantas dahulu. Perihal petai itu, mereka faham dah maksudnya sebelumpun dijeritkan.

Lepas itu, pastikan Bulan mengambang di kehijauan Kuala Terengganu yang permai.

Senang kan?

Orait!!!

Gua Caya Lu...

P 36 Kuala Terengganu - Memahami Pandangan Raja Petra - Politik Mudoh Buleh nJadi Komplikaterk Bahagiang 3

Raja Petra Kamaruddin, ...
mypetjawa.mu.nu

Raja Petra Kamaruddin telah memberi gambaran betapa pentingnya penentuan calon PAS untuk P 36 Kuala Terengganu.

Terutama, dari sebahagian para pengundi di P 36 Kuala Terengganu, 50 peratus bakal mengundi Barisan Nasional dan 50 peratus bakal mengundi PAS Pakatan Rakyat.

Namun, baki dari jumlah total pengundi di P 36 Kuala Terengganu bakal penentu calon mana mendapat majoriti, dan menang kali ini.


Minoriti menentu majoriti ini bakal datang dari pengundi Rakyat Malaysia di kalangan orang Cina, dan siapa mereka yang dikatakan para pengundi atas pagar.

Beberapa nama dari pemimpin PAS telah disebut, dan apa akan terjadi jika setiap orang dari mereka PAS calonkan.

Perincian di sini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/2008/12/28/kt-byelection-issues-versus-personalities/

Pun begitu, dari bacaan the Malaysian Insider, dapat dipelajari bahawa:

Mohamad Sabu bakal tidak disenaraikan, barangkali dia pemimpin yang bukan asal Terengganu. Walaupun disebut Nik Aziz Nik Mat, dan dia pemimpin diminati sebahagian individu di luar kawasan P 36 Kuala Terengganu, namun dirasakan ini sudah settle.

Namun, 2 nama pemimpin telah disebut-sebut:

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,

dan

Datuk Wan Mutalib Embong.

Maka siapakah bakal diumumkan sebagai calon PAS, dan apa pula bacaan implikasinya, khususnya:

* unsur sabotaj dari kalangan pemimpin dan ahli PAS tempatan, jika ada,
* enjutan sokongan dari rakan Pakatan Rakyat yakni DAP dan PKR,
* penentuan para pengundi khususnya pengundi minoriti penentu majoriti.

Wan Mutalib Embong
www.daylife.com
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
pru12.pas.org.my

Sesiapa tahu, ada kejutankah, calon lain pula selain mereka berdua, bakal diumumkan pulak? Sila kongsi maklumat. Terima kasih.

InsyaAllah, sama-sama kita ikuti perkembangan selanjutnya...

P 36 Kuala Terengganu - Calonnya Terkini Sebelum 1 Januari 2009

Wan Ahmad Farid, calon Barisan Nasional sudah diumumkan untuk P 36 Kuala Terengganu, dan SPR bakal sahkannya pada 6 Januari 2009.

Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, bakal diumumkan di majlis gilang-gemilang pada 1 Januari 2009.

Seterusnya, dalam demokrasi setiap individu layak maka berhak untuk bertanding. Sayang sekali keputusan Tok Mun, maka tiadanya calon Bebas sebagai pilihan alternatif kepada para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.

Dari Blog PEMUDA BESUT dilaporkan:

2008 Dis 31

Tok Mun tidak tanding pilihan raya kecil bulan depan ~ Malaysiakini



MAIMUM
Yusof menunjukkan sumbangan yang diterima ketika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

KUALA TERENGGANU: Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, semalam mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

Bersambung di sini:

http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/tok-mun-tidak-tanding-pilihan-raya.html

Pun begitu ada dua lagi calon, seorang mewakili bebas maka masih ada pilihan alternatif kepada para pengundi P 36 Kuala Terengganu.

Manakala seorang lagi dijangka mewakili AKIM.

Adakah peluang besar calon ini menang, ataupun mereka hanya sekadar bertanding?

Sama-sama kita saksikan nanti andai ada perubahan menjelang pengesahan calon kelak.

Apapun, siapa calon PAS adalah tumpuan ramai terkini...

InsyaAllah, semoga pemimpin terbaik akan diangkat di P 36 Kuala Terenggganu, demi memanfaatkan para pengundi dan penduduk di kawasan Parlimen ini, dan turut berperanan untuk bersama menentukan hala tuju Rakyat dan Negara Malaysia seterusnya...

Lawak Pemimpin - Pergi Memancing

Barangkali ini tidak pernah berlaku. Tidak berlaku sekarang. Tidak akan berlakupun bila-bila di masa depan.

Sekadar lawak sahaja.

Entah Lah.

Begini ceritanya.

...









http://www.fotosearch.com/




Seorang isteri tidak membuang masa, dibuang segalanya, dan di bilik tidur rumah banglo itu, dia memadu kasih berjam lamanya dengan sahabat paling baik suaminya.

Setelah puas namun letih, mereka berdua mahu rehat anggaran 10 minit sebelum sambung adegan memuaskan apa yang boleh memuaskan mereka bersama. Ya, dalam tempoh masa terhad bilangannya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Disambutnya. Maka hanya dapat didengari suaranya sahaja.

"Hello! Ya! Iya? Bagus tuu. Dapat besar? Wow! Seronoknya! Ok, teruskan...baiklah. Kirim salam dengannya. Bye..."

"Siapa yang telefon tadi itu?" dia ditanya.

Jawabnya, "Suami I. Dia kata, penamaan calon lambat lagi. Jadi dia ambil kesempatan pergi memancing di laut. Dapat ikan besar. Dia kata, dia tak dapat balik esok. Dia sedang seronok memancing dengan you".









http://www.fotosearch.com/







...

Kaung! Pang!! Ching!!!

Ada Rindu Pada Pemimpin Dan Kepemimpinan Memajukan Rakyat dan Memakmorkan Negara Malaysia

Hari ini, seronok melayari internet, dan mencari bahan berguna supaya dikongsi dengan Mahasiswawi sebuah Fakulti di UiTM.

Di samping minat berblog, turut dibaca pos dari Blog yang menyentuh topik bermakna bertepatan minat saya.

Apa yang dapat saya pelajari?

Ya, ada rindu di kalangan kita pada kebangkitan seorang pemimpin dan kepemimpinannya memanfaat untuk memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.

Satu penghalang besar yang kelihatan, sejak 8 Mac 2008 hinggalah kini dan berterusan ke 9 Mac 2009, barangkali, ialah Abdullah Ahmad Badawi masih mahu kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Oleh kerana tiada apa yang dilakukannya untuk memanfaatkan kita, dan apa yang telah dilakukannya memudharatkan kita, jadinya dengan dia kekal berkuasa di kerusi Perdana Menteri Malaysia, hampir semuanya semacam at a standstill. Mati Terpacak.

Walaupun tidak berfungsi sebagai pemimpin negara yang utama tetapi unggul, dengan kekal duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, para pemimpin lain tidak berpeluang menggerakkan agenda besar dari kerusi itu.

Para pemimpin lain sibuk, yang sibuk dan menyibuk, namun kelihatan kegiatan harian banyak tertumpu kepada persiapan P 44 Permatang Pauh, P 36 Kuala Terengganu, dan masing-masing mahu mengekalkan kuasa dan kerusi dalam pemilihan parti masing-masing.

Ketiadaan pemimpin sebenar dari UMNO dan Barisan Nasional yang prihatin terhadap kita, maka yang ada ialah para pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan kerajaan negeri masing-masing dalam kuasa Pakatan Rakyat.

Entah bila Anwar Ibrahim akan bangkit menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia, mungkinkah selepas PRU 13?

Terkini ada rindu pada pemimpin dan kepemimpinan yang memajukan Rakyat dan memakmorkan negara Malaysia.

Perjuangan diteruskan untuk mempastikan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu...

P 36 Kuala Terengganu - Dollah Yankee Senarai 10 Faktor Kemenangan PAS

Seronok juga duduk kat Port Politik ya. Begitu begini susah senang, maka Dollah Yankee telahpun senaraikan 10 Faktor Kemenangan PAS di pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

Apakah 10 Faktor tersebut?

Menurut:

About Me

My Photo
dollah yankee
george town, penang, Malaysia
(anak kota metropolitan yang hidupnya gelandangan)born during hippies years and woodstock festival taken place,when penang island is a duty free island,where you need to go through a customs officer in and out of the island.
View my complete profile

Faktor Pertama:

Menyorot pada PRU 1999 bilamana penduduk Terengganu
telah menghantar mesej yang sangat jelas kepada pucuk
pimpinan BN/UMNO bahawa mereka menolak Wan Mokhtar,
sekiranya masih meletakan Wan Mokhtar mereka akan
'swing'...terbukti apa yang mereka cakap mereka kota. Itu lah
yang bakal terjadi pada PRK kali ini kerana awal-awal
Wan Farid telah di tolak.
Lagi 9 Faktor, sila klik sini:

http://dollahyankee.blogspot.com/2008/12/10-faktor-kemenangan-pas-di-prk-p36.html

Begitulah pemerhatian mereka terhadap para pengundi di P 36 Kuala Terengganu. Masyarakatnya tidak taksub kepada sesuatu parti politik.

Jika dikatakan para pengundi di sini seperti di kawasan Parlimen Kelantan mithalnya, boleh dicongak PAS menang mudah di sini.

Jika dikatakan para pengundi di sini seperti di kawasan Parlimen Johor mithalnya, boleh dicongak Barisan Nasional menang mudah di sini.

Di P 36 Kuala Terengganu, masih ternyata apa kemungkinan boleh berlaku.

Namun, memang kuat 10 Faktor disebut Dollah Yankee, dan PAS dijangka memang besar di P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa bakal berlaku seterusnya, keputusan di P 36 Kuala Terengganu kelak.

Tuanku Muhriz Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan











Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir



BERNAMA Melaporkan:
29 Disember, 2008 18:16 PM

Tuanku Muhriz Dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11



Sambungan di sini:

BERNAMA Melaporkan:

P 36 Kuala Terengganu - Memahami Pandangan Raja Petra - Politik Mudoh Buleh nJadi Komplikaterk Bahagiang 2

Raja Petra Kamaruddin, ...
mypetjawa.mu.nu

Raja Petra Kamaruddin sendiri belum menyatakan pendirian berpihak atau condong sokongannya.

Politik mudah yang boleh menjadi komplikated.

Sebahagiannya ialah sumbangan pemimpin politik PAS Terengganu yang memungkinkan PAS kalah dan Barisan Nasional menang.

Jika demikian, saya pula mengambil pendirian, siapapun calon dan siapapun dimenangkan, natijah akhirnya, Rakyat Malaysia di Terengganu yang menang.

Namun, adakah para pengundi di P 36 Kuala Terengganu akan mengundi pihak yang bakal memanfaatkan mereka kerana keprihatinannya dan parti politik yang diwakilinya.

Mungkinkah pula, pening-pening rosakkan sahajalah undi. Biar padan muka kita semua.

Politik mudah yang boleh menjadi komplikated.

Selanjutnya baca di sini:

Di sini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/2008/12/28/kt-byelection-issues-versus-personalities/

Bersambung, InsyaAllah...

P 36 Kuala Terengganu - Memahami Pandangan Raja Petra - Politik Mudoh Buleh nJadi Komplikaterk Bahagiang 1

Sedari awal telah saya nyatakan amat sukar untuk saya membaca para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.

Apa yang boleh saya lakukan ialah mendapatkan maklumat dari individu yang faham mereka.

Pun begitu, setelah rata mendapatkan maklumat, namun baru terjumpa pos Raja Petra Kamaruddin yang telah dapat memberikan penjelas luas lebar panjang perihal muqaddim pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

Raja Petra Kamaruddin, ...
mypetjawa.mu.nu
Di sini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/2008/12/28/kt-byelection-issues-versus-personalities/

Bersambung, InsyaAllah...

P 36 Kuala Terengganu - Apa Maksudnya Wan Ahmad Farid Elit..?

Jika benar Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu Elit, ertinya dialah di antara pemimpin terbaik. Lantaran paling tepat dan sesuai untuk kawasan Parlimen P 36 Kuala Terengganu.

Elit dalam ertikata:

dalam bilangan kecil yang terpilih dari kalangan ramai yang terbaik

di antara kemurnian yang didudukkan mulia peringkat atasan

diberikan keistimewaan dan keutamaan serta layanan luar biasa



Jadi kenapa ada yang menafikan keelitan Wan Ahmad Farid Wan Salleh?

Bahawa tidak betul pandangan bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu elit.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan begitu.



Namun, pandangan dan pendapat pengundi di P 36 Kuala Terengganu, sama ada dari kalangan para pemimpin dan ahli UMNO, serta selain UMNO, adakah boleh ditolak ketepi begitu sahaja, tanpa diakui ada sedikit pun kebenarannya?

Jika pandangan sebegitu maka moleklah Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak diberi peluang untuk menang, lantaran Barisan Nasional kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Dari fahaman orang kampung dan orang tempatan, jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu dikatakan dan benar dia Elit, ertinya:

dalam keramaian, dia tidak merasa molek bergaul dengan semua kalangan, kebanyakan orang, dan hanya selesa dalam bilangan kecil yang setara.

sentiasa memandang diri mulia, dan memandang selainnya sebagai hina, lantaran kerana menjadi luar biasa, maka tidak mampu atau tidak mahu mewakili masyarakat setempat yang rata-rata adalah orang biasa.

mahu dilayan istimewa dan tidak mahu melayan orang lain serupa, lantaran hanya peduli kepada pandangan yang sama kumpulan kecil, dan tidak prihatin kepada keluh kesah masyarakat banyak.

Bermula sekarang molek diperhatikan gaya hidup Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan bagaimana dia membawa diri sepanjang berkempen di P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah, bersambung perihal elit atau tidak calon Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh, seterusnya.

Anwar Pentingkan Diri? Saya Setuju Dengan A Mum Of Three Mohd

Rakyat Malaysia telah menyaksikan para pemimpin dan kepemimpinan di Malaysia.

Saya yang sedari muda, celek mata cari Utusan Malaysia dulu, malam Berita RTM sudah terpacak depan TV sebelum berbunyi Jeng jeng jeng jeng jeng jeng, signature tune ingat sampai sekarang, dan bila berita radio pendek, beritahu kawan-kawan, senyap sekejap boleh dak?

Namun saya tidak lagi mengikuti perkembangan politik tanahair semenjak Abdullah Ahmad Badawi mula Ku Cari Abadi nya, dan Islam Hadhari diperkenalkannya.

Hancur!

Namun, 8 Mac 2008, sekadar minat nak tahu PRU 12, saya kembali menjengok politik di Malaysia. Mula ada satu blog kemudian dua blog termasuk yang ini.

Ketika itu, pada fikiran saya, ada 2 orang sahaja di Malaysia yang mahu Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan sekarang juga. Mahathir Mohamad, dan saya.

Kemudian barulah saya sedar - barangkali mereka yang mahukan Abdullah Ahmad Badawi terus kekal berkuasa duduk di kerusi Perdana Menteri, itulah orangnya, dan begitulah jumlahnya.

Rata-rata berpendapat Rakyat Malaysia akan maju dan Negara Malaysia akan makmor bila Abdullah Ahmad Badawi bersara serta-merta. Dia sudah tidak berguna lagi.

Pada mulanya ada terasa bahawa sesiapa sahaja Lah, asalkan bukan Pak Lah.

Namun dari 9 Mac 2008 sehingga kini, terbukti dari aspek pemimpin dan kepemimpinan, Mohd Najib Abdul Razak bukanlah orangnya paling tepat sebagai pengganti.

Jika ada sedikit poin yang bagus, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Muhyiddin Yassin, sedikit lebih dari mereka berdua. Tetapi terlalu sedikit, sedikitnya itu.

Marilah pulak Mohd Ali Rustam, dan Muhammad Muhd Taib, maka semakin jelas bahawa UMNO sudah ketandusan pemimpin bertaraf dunia, jauh peratusannya di bawah pencapaian Mahathir Mohamad.

Setelah sedar, tidak ada lagi pemimpin sebenarnya dalam UMNO mahupun Barisan Nasional, saya mulalah terpandang Anwar Ibrahim, yang kali terakhir saya ikuti perkembangannya ialah, setelah dicekak kolar baju oleh mereka yang akuinya sebagai idola di kampus dahulu.

Sememangnya Anwar Ibrahim semakin matang setelah keluar dari sana, dan strategis menang pilihanraya yang semakin baik, dan saya saban ketika pos perihal P 44 Permatang Pauh detik demi detik.

Setelah itu menjadi kejayaan Rakyat Malaysia, nampaknya masih ada Lim Kit Siang, dulu rujukan sewaktu di kampus khususnya buku karyanya, kini nampak Lim Guan Eng, Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Nasution, Husam Musa, Khalid Samad, bersama Nik Aziz Nik Mat. Dan ramai lagi pemimpin berwibawa.

Ewah!

Ramai betul para pemimpin hebat prihatin Rakyat Malaysia dalam Pakatan Rakyat. Mereka jauh lebih baik dari aspek kepemimpinan berbanding menteri kabinet Abdullah Ahmad Badawi sekarang, senarai barisan paling teruk pernah digabungkannya.

Jadi saya bersetuju dengan A Mum Of Three Mohd...

Tanpa menjadi ahli mana-mana parti politik pun, nampak Anwar Ibrahim sememang patut sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, September lalu. Bila-bila tarikh terdekat pun tidak mengapa. Sebab, UMNO dan Barisan Nasional, tidak dapat diharapkan oleh Rakyat Malaysia. Biarlah mereka berusaha meraih kembali keyakinan kita 50 tahun lagi, namun menjelang PRU 13, bukanlah mereka kita pastikan untuk membentuk kerajaan pusat ataupun negeri.

InsyaAllah, bersambung...

Bermacam Majlis Sambut Tahun Baru - Satu Ini Tanpa Seluar Dalam

The Star OnLine melaporkan:

Lelaki yang hadir parti seks mega semua disyarakatkan tidak memakai seluar dalam. Menjelang Tahun Baru jangkanya di Johor Bahru.

Perempuan hanya berseluar dalam tali halus, dan bersedia untuk merungkainya.

Jemputan hanya kepada individu di bawah usia 40. (Barangkali tidak termasuk individu yang emak dia belum belikan seluar dalam, dan mereka yang pakai pampers saiz kecik).

Pengesahan dibuat setelah melawat satu laman web. Seorang daripada 3 penjawab panggilan dikenali sebagai ida.

Dijangkakan 350 individu bakal menyertai parti seks mega ini.

Deposit dikenakan ialah RM 250 di bank-in ke akaunnya sebagai penganjur.

Kepada lelaki, semacam tidak perlu dikhuatiri. Ada ratusan perempuan termasuk dari Batam. Cuma perlu berani telan...telan...apo kono eiy jang...ya berbogel.

Penginapan dan arak disediakan dan dikenakan bayaran lebih.

Tempatnya menghadap laut dan ada pengawal supaya mereka tidak tertangkap pihak berkuasa.

Begitulah al-kisahnya.

Beginilah pulak responnya:

In JOHOR BARU, Johor CID chief Senior Asst Comm (II) Amer Awal urged the public not to be involved in the party and said the organisers could be con men.

“Why would they demand money before they reveal the location? In the end, they will probably just run away with the money.

“We will be investigating the matter. The police will also inform the state religious department and the local council to be on the watch-out for any suspicious activities,” he said. He said those with information could contact the nearest police station or the police hotline at 07-221 2999.

Adakah yang berani diarak ke Balai tanpa seurat benang dan muncul di prime time dan muka depat media arus perdana?

Tranungkite OnLine Terbit Pos Kiriman Dari Satu Blog Total - P 36 Beza BN & PAS

P.36 - Berbeza Dengan PAS Kenapa BN Tak Syok Pilihanraya Kecil Kali Ini?
Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 08:41:37 MYT oleh TokPenghulu
Analisis Isu Oleh zublizainordin

" Jika Barisan Nasional sebuah kerajaan yang prihatin Rakyat Malaysia, mahu sahaja dipujuk semua orang supaya tidak perlu pilihanraya kecil di sini kali ini. Ganti sahajalah dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, atau lain-lain pemimpin yang lebih banyak berjasa kepada Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu.

Namun, kerajaan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi teruk dan buruknya. Sedangkan nak tunggu PRU 13 lama lagi. Tidak dapat tukar kerajaan dalam masa terdekat, dapat sekali lagi ini, beri kesedaran kepada para pemimpin Barisan Nasional pun jadilah.



Pada saya, Barisan Nasional tak syok adanya pilihanraya P 36 Kuala Terengganu ini.

Kenapa pulak?

Sebab kawasan parlimen ini sudah bagus dikuasai Barisan Nasional.

Perhatikan - dari cengkaman 100 peratus, kini sudah jadi 50-50 peluang terkongsi di antara Barisan Nasional dengan PAS-Pakatan Rakyat.

Jenuh nak kekalkan kemenangan di sini kali ini.

Silap gaya, PAS-Pakatan Rakyat menang, dan ini:

* Satu lagi kekalahan perit, kepada Abdullah Ahmad Badawi yang masih belum bersara lagi, sepatutnya bersara lama dah dulu - 9 Mac 2008, baru banyak keputusan boleh jadi elok untuk Rakyat dan Negara Malaysia,

* Satu kekalahan perit kepada Mohd Najib Abdul Razak kerana sebagai strategis utama pilihanraya dia kelihatan bertimpa-timpa kalah. Jadi macam mana nak jadi Presiden UMNO dan jadi pengganti sebagai Perdana Menteri Malaysia? Mampukah dia terajui kemenangan di PRU 13..?

* Satu kekalahan peribadi kepada Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang berkorban 2 jawatannya kerana terkena dicalonkan di sini,

* Satu kekalahan perit Ahmad Said, ini pertama kali dia berhadapan situasi pilihanraya kecil sejak berjawatan Menteri Besar. Selepas ini, para penyokong Idris Jusoh akan merenungnya lain macam.

* Satu kekalahan perit kepada UMNO yang merudum semangat parti ini terutama setelah kalah paling teruk di P 44 Permatang Pauh, lukanya belum sembuh, ini nak luka banyak lagi. Mampukah parti yang rosak ini bangkit supaya dihormati di Malaysia?

* Satu kekalahan perit kepada Barisan Nasional yang memang tidak relevan lagi.

PAS
Parti Islam Se-Malaysia
ms.wikipedia.org
Bagi PAS saya belum tahu apa respons dan reaksi mereka. Namun pilihanraya ini banyak keuntungan politik kepada parti yang semakin harum ini di Malaysia.

Namun, kepada sebahagian Rakyat Malaysia, pilihanraya ini suatu peluang besar
untuk berusaha supaya Barisan Nasional kalah teruk. Untuk menyedarkan para pemimpinnya. Hentikanlah buat perkara tidak elok dan mulalah buat kebaikan yang banyak kepada Rakyat Malaysia, sebagaimana yang telah diamanahkan-Nya.

Jika selepas ini ada perubahan, maka Barisan Nasional mungkin boleh dikekalkan sebagai sebahagian penting politik di Malaysia.

Jika tiada perubahan juga, entahlah. Sebab diperhatikan bahawa tiada sebab Barisan Nasional diberi kemenangan di P 36 Kuala Terengganu dan PRU 13.

Lebih-lebih lagi, kerana Mohd Najib Abdul Razak tiada idea baru melainkan akan meneruskan tradisi Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berguna lagi.

Manakala Ahmad Farid Wan Salleh belum jelas peranannya di Parlimen Terengganu dan dia juga pun akan meneruskan usaha kepemimpinan terdahulu.

Tidak mengapa teruskanlah budaya lama yang akibatnya mengsengsarakan Rakyat Malaysia dan memundurkan Malaysia.

Dengan izin-Nya, pemimpin tidak baik gugur, pemimpin baru akan naik untuk bersama Rakyat Malaysia berkongsi nikmat dengan adil dan saksama.

Jika bukan sekarang mulanya, bakal dipasti PRU 13 kelak, InsyaAllah.
"

P 36 Kuala Terengganu - Memahami Tinjauan Hamirdin

Sememangnya berbeza di antara orang yang hadir ceramah dengan orang yang dapat cerita dari orang yang hadir ceramah.

Bagi Blogger yang tidak berada di P 36 Kuala Terengganu, molek jika membaca pos dari Bloggawan seperti Hamirdin, yang membuat tinjauan di sana, disebutnya Ground Truthing.

PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN

PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN

Tinjauan 1

http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/pro-036-kt-ground-truth-update.html

Tinjauan 2


http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/prk-036-ktground-truth-update-2.html

Tinjauan 3

http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/prk-036-kt-update-3.html

Apa yang dapat saya pelajari, persiapan pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu sedang siap rancak.

Di antara kerancakannya ialah jalan yang dinaik taraf dengan diturap. Ada makna di sebalik penurapan jalan begini.

Walaupun ada masjid cantik untuk ditonton, para nelayan masih sibuk dengan aktiviti harian mereka, sambil peniaga sedang rancak kerana belian dari para pengunjung meningkatkan hasil jualan.

Sudah ada usaha menawan undi di kawasan Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu yang bakal menyambut Tahun Baru.

Perihal bertahang, pergi bulang, dan balik air. Saya tidak faham menyeluruh. Namun dijangkakan kawasan tertentu kekal bakal mengundi Barisan Nasional. Kawasan lain bakal mengundi PAS, dan bakinya entah.

Ada juga kawasan didapati sudah dimasuki pasukan UMNO dan barangkali maklumbalasnya ialah mereka tidak sukai calon Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana faktor tertentu calon ini. Manakala mereka mengharapkan calon PAS Pakatan Rakyat ialah orang Ganung Kite.

Semua maklumat di atas berharga. Untuk baca sepenuhnya, sila klik di sini:

http://hamirdin.blogspot.com/


InsyaAllah, fokus P 36 Kuala Terengganu, bersambung...

UMNO - Pemimpin Dan Kepemimpinan - A Mum Of Three Mohd Kata...

Demam!

Bila nak kebah?

Entah Lah...

Jika melarat jadi tak larat boleh berkarat...

Menurut:

I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq


Ahad, Disember 28, 2008

BN MENANG P36 KT.........TANDA KEBAH DARIPADA DEMAM??


“Kita mesti memenangi Kuala Terengganu kerana kita mahu menjadikannya permulaan kepada pemulihan BN daripada kekalahan di Permatang Pauh."

Oh.... rupanya dah demam teruk selepas PRK Permatang Pauh. Sebelum Permatang Pauh pun badan dah rasa seram sejuk...... mula rasanya lepas PRU 12 Mac lepas. Weh...... lama dah tu.....!!!

Itu sebabnya TPM kita mintak sesangatlah agar menang di Kuala Terengganu agar dapai jadi tangkal bagi penyakit yang ditanggung oleh BN. Kesian pulak mendengornya!
Ramai kesian, tapi dema yang duduk dalam UMNO tak kesian kah pada parti uzor ini?

UMNO - Pemimpin Dan Kepemimpinan - Pandangan Nik Aziz

Nik Aziz Nik Mat
ibinblog.wordpress.com
Nik Aziz Nik Mat ialah di antara pemimpin Malaysia yang bijaksana dan teliti pemerhatiannya. Terkini, pandangannya perihal UMNO...

Harakah Daily Net melaporkan:

Isnin 29 Disember 2008 | 1 Muharam 1430 Hijrah
Penyertaan Dato' Zahar ke dalam PAS dialukan - Mursyidul Am
Mohd Nor Yahya
Sun | Dec 28, 08 | 5:39:26 pm MYT

KOTA BHARU, 28 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemasukkan Kapten(B) Dato' Zahar Hashim dalam PAS menjadikan satu tanda kehancuran Umno semakin jelas.

Sambungan di sini:

http://www.harakahdaily.net/


Berbeza pandangan pemimpin yang berjaya dengan pemimpin yang gagal.

Nik Aziz Nik Mat
thestar.com.my
Rekod kecemerlangan Nik Aziz Nik Mat membolehkannya meneliti keadaan parti UMNO, kehancuran.

Tentulah kehancuran ini bermula punca dari pemimpin utama UMNO. Terlalu menerawang sehingga dalaman parti sendiri tidak terpelihara dengan baik.

Orak kecil dalaman parti terbiar sehingga menjadi ledakan.

Mungkin masih ada yang menaruh harapan kepada pemimpin yang tidak boleh diharapkan lagi, membiarkan parti hancur.

Sama-sama kita saksikan titik mula individu jikapun bukan ahli, tetapi mula tidak hormat kepada UMNO lagi.

Seperti Blog ini, bakal ada lagi Blog yang semakin menghijau di bulan mengambang ketika UMNO semakin lenyap dibakar sendiri mentari dalamannya.

UMNO - Pemimpin Dan Kepemimpinan - Pak Lah

UMNO dan Pemimpin Utamanya
www.nancarrow-webdesk.com
UMNO masih lagi menjadi teraju Barisan Nasional. Sebahagian pemimpinnya bersama beberapa pemimpin masih memimpin kerajaan pusat dan beberapa negeri.

Namun, apakah rupa UMNO ketika ini, dan keadaan Barisan Nasional kini, dan performans kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri?

Oleh kerana hal tersebut banyak bergantung kepada teraju utamanya Abdullah Ahmad Badawi, UMNO, Barisan Nasional, kerajaan pusat, kerajaan negeri dalam penguasaannya, kelihatan tergantung, dan masih banyak lagi kelihatan tergantung-gantung.
Abdullah Ahmad Badawi
dppkt.wordpress.com
Gantungan ini adalah kerana Abdullah Ahmad Badawi masih mahu kekal sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia, dan beberapa lagi jawatan dan kerusi didudukinya.

Dengan gaya kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dalam tempoh masa terhad, sedang macam-macam tuntutan perlu dilaksanakan, sebagai pemimpin dan kepemimpinannya tidak banyak memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Abdullah Ahmad Badawi
tunkuaisha.blogspot.com
Elok jika Abdullah Ahmad Badawi bersara pada 9 Mac 2008. Namun, harapan tinggal harapan, dia tidak boleh diharapkan lagi. Melihat pergerakan negara dan Rakyat Malaysia, samalah melihat laju perlahan, keras lembik, mantap lemah, teraju utama ini.
Abdullah Ahmad Badawi
thisisnotadietblog.blogspot.com
Semoga pemimpin baru dapat menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, supaya Rakyat maju dan Negara makmor kembali.

InsyaAllah Bersambung...

Lawak Pemimpin - I Kno Ler Wat You Did Sebelum Raya...eh, Pilihanraya...

Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Denyut Boleh Tiada?

Disentuhnya Mohamad Khir Toyo perihal Penswastaan IJN. Dipetik di sini, punch-line dari Blog nya.

Seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"
Isunya ialah amalan lazim lebih besar dari Penswastaan IJN. Pada saya, besarnya ialah Pemimpin Politik, Ladang Nangka, Rakyat Malaysia "Dirompak".

Jadi, soal saya ialah:
Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Teraniaya?
Individu menyertai politik dan memilih parti politik menuju puncak kepemimpinan sebagai platform mahu dirinya dimanfaatkan supaya dengan kedudukan di kerusi, dia melakukan sesuatu supaya Rakyat dapat kecapi nikmat secara saksama.

Ini bertitik dengan niat awal. Sama-sama kita pelajari dari kisah pertama kali pemimpin unggul mengisi borang keahlian berbeza pemimpin haprak mengisi borang keahlian juga. Perhatikan siapakah mempunyai niat untuk berkhidmat supaya memanfaatkan Rakyat, dan niat siapakah mempunyai niat supaya Rakyat diperguna untuk memanfaatkan dirinya.

Di Malaysia, hal ini bukan rahsia, namun bukan pula pengetahuan awam total. Kemunculan invididu, menceburi politik, menyertai parti politik, dan kemudian mengguna kerusi di puncak untuk "buat duit" melalui projek demi memenuhi kepentingan kelompok kecil, merampok organisasi lubok wang.

Inilah kemarahan Rakyat Malaysia sebenarnya.

Tentulah, perhatian Rakyat Malaysia tertumpu kepada UMNO, dan Kerajaan Barisan Nasional.

Siapa makan Nangka?
Nangka
www.pemkot-malang.go.id
Berapa banyak dia makan Nangka?
Nangka
chaletteratakafrina.com.my
Orang lain dapat makan Nangka tak?
Nangka (Jackfruit Curry)
1001resepi.com
Dimakannya Nangka dari satu pokok kah atau dari beberapa Ladang Nangka?
Nangka
www.myshutterspace.com
Siapa dapat makan isi Nangka dan siapa pula dapat bijik sahaja?
Nangka
lydiakong.blogspot.com
Siapa pula terkena getah Nangka?

Siapa telah makan Nangka tetapi tidak mengaku?

Siapa makan Nangka tetapi dikenakan pula orang lain getahnya lalu ketawa?

Eisyh banyak lagi lah soalannya.

Inilah menyebabkan ada individu dan pihak tidak lagi percaya kepada pemimpin dan parti seperti UMNO, dan Barisan Nasional.

Perlahan-lahan, masing-masing beralih ke arah pemimpin dan parti yang sujud kepada Allah, dan mahu memanfaatkan Rakyat Malaysia, dengan dia menerajui kepemimpin utama negara.

Pemimpin Mana Berhak Melarang Pemimpin Siapa Masuk Sarawak?

Dulu kalau nak pergi ke Sarawak, caranya macam pergi ke negara lain. Mujurlah ini semua sudah pun selesai.

Namun terbaru, perihal N Gobalakrishnan dilarang masuk Sarawak Rabu lalu!

Apa pasal?

Sebelum ini khabarnya dia masuk dan keluar Sarawak, tiada masalah. Terbaru ini, sebaliknya pula jadinya.

N. Gobalakrishnan
pakatanrakyat-malaysia.blogspot.com
Kelak, siapa pemimpin lagi tidak boleh masuk Sarawak?

Siapa punya kerja ini?

InsyaAllah, sama-sama kita tengok apa cerita di sebaliknya, dalam tempoh masa terdekat...

Undieng-Undieng - Pandangan Lawyer Kampung Dan Husin Lempoyang

Nah Engkau!

Undang-undang? Elok. Semoga tidak jadi apa yang dikatakan watak P. Ramlee, dalam sebuah filem, "Inin rumiah ader Undieng-undieng!"

Jika sudah sedia ada Undang-undang negara perihal rasuah, tapi para pemimpin UMNO tidak kena. Jika digubal melalui reformasi Undang-undang perihal rasuah sekali lagi pun, tapi para pemimpin UMNO tidak kena.

Wah! Mungkinkah kelak, ramai ehem akan berkata, "Jom berlindung dalam UMNO".

Maka mereka yang tidak mahu berselindung ataupun berlindung seperti Zaid Ibrahim, Zahar Hashim, dan beberapa lagi, akan keluar UMNO.

Sebab, UMNO semacam ada Undieng-undieng nya sendiri. Tiada rasuah. Apa yang ada hanya Lah politik wang.

Orait!

Menarik sekali, sila baca...

Dari Blog Lawyer Kampung:

Friday, December 26, 2008

2 sets of laws for corruption?

Apparently, there are two sets of laws in this country for corruption and bribery. There is the law of the land and there is the law of the UMNO land.

Sambungan di sini:

http://lawyer-kampung.blogspot.com/
Seronok betul bila sebentar tadi, Bloggawan hebat, Husin Lempoyang telefon saya. Pertama kali dengar suaranya, dan belum pernah melihat wajahnya secara bersemuka.

Di suatu masa kelak, mungkinkah Saudagar Unta bertemu Saudagar Minyak, maka terhasillah Minyak Tahi Unta?

Khas untuk para pemimpin UMNO sahaja yang memang wajar menggunakannya.

Kita tanyanya perihal Undieng-undieng. Silakan...

Ana

Foto Saya
Husin Lempoyang
Hehehe. Peniaga unta di Bazaar Baghdad. Pelakun sambilan wayang P Ramlee. Blogger satira blogospera Malaysia.
Lihat profil lengkap saya
Begini ceritanya, petikan Lah kan?

Rabu, Disember 24, 2008

Baiyi tak setuju dibicara

"Sekarang awak jawab salah atau tidak bersalah?"

Baiyi menerangkan, "Dia bukan macam itu, Yang Arif. Kalau saya salah parking, saya faham kerajaan boleh denda. Kalau saya curi barang orang, saya tahu salah. Itu orang punya.

"Aisay Yang Arif, isteri saya punya pun gomen punya kah?"

Untuk Kisah Lengkap Klik Sini:

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
Satu, dua, tiga!
Wow! Jual Orang Lagi Untung Daripada Jual Unta.
Jangan Marah Argh...

P 36 Kuala Terengganu - - Boleh Tahan Juga Congakan A Mum Of Three Mohd Siapa Calon?

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
pru12.pas.org.my
Betul Lah itu. Bijak...bijak!
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiqa

01. Baca senarai setiap calon yang diwar-warkan.

02. Ambil klu dari kebijaksanaan Abdul Hadi Awang.

03. Senarai pendekkan.

04. Tahu sudah kita siapa calonnya.

Apa pun, dalam politik pelbagai kemungkinannya. Jadi sesama kita tunggu pengumuman rasmi.

Syabas!

Ringan sudah gelojak suspens di antara kita membaca pos A Mum Of Three Mohd.

P 36 Kuala Terengganu - Budak Tingkat 4 Mula Disebut Orang UMNO - Kenapa?

Benar saya tidak tahu sepenuhnya, dan benarkah kewujudannya, apakah permainannya, dan siapakah mereka?

Minat baru bermula, bila Penarik Beca menyebut bahawa orang UMNO mula bercakap pasal Wan Ahmad Farid Wan Salleh, seorang daripada Budak Tingkat 4.

Wan Farid: Kutukan orang-orang Umno

Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut sebagai salah seorang budak Tingkat Empat dalam blog The "thirteen million plus Ringgit" guy. Baca posting ahli tegar Umno itu yang bertajuk "'Level Four Boys': Damaging bane for PM 'Flip-Flop' Abdullah?"

Sambungan di sini:

http://penarikbeca.blogspot.com/

Kemudian ikutilah di sini di sini di sini, di sana.
Lama juga saya kaji sekumpulan individu dengan agenda besar dunia, menyusun pergerakan dengan berpejabat di sisi pejabat Presiden Amerika Syarikat.

Ketika berbincang bersama beberapa Blogger di sana, ketika mereka melaksanakan gesaan menumbangkan George W Bush, saya sebutkan begini:
Menukar Presiden adalah fokus anda. Namun, pada saya ini tidak akan berkesan selagi anda tidak menukar siapa di belakang Presiden anda. Sekumpulan individu disatukan dalam pasukan. Mereka menjamin Presiden terus berkuasa, menyediakan peruntukan wang tanpa had, dan melayani idiosinkrisi Presiden - seperti jelly-bean, judi, seks, apa sahaja lah.

Dengan yang demikian itu setiap mereka tidak perlupun menjadi Presiden, merekalah Presiden sebenarnya, dengan hanya mereka diberi izin oleh Presiden untuk memegang bolanya.

Tambah saya, semua ini telah berlaku sejak Perang Dunia Pertama. Namun tahun depan sedikit cabaran menarik, di mana Presiden ialah sama ada di antara berbola hitam, atau tiada berbola.

Maka perlunya seorang Presiden baru, yang fokusnya ialah kemakmoran domestik dan dasar luar aman dan selamat. Tanpa menyerahkan apa yang paling berharga dicelah kangkangnya kepada kumpulan yang mahu memegangnya selagi dia duduk di kerusi Presiden.

Apa yang saya kongsikan dengan mereka, telah mampu menyedarkan mereka, dan mereka memilih untuk memihak kepada Barack Obama, bukan kerana kulitnya, tetapi dasarnya.
Di Malaysia, sejak 2003, seandainya betul kita memahami Abdullah Ahmad Badawi dari aspek kepemimpinan, dan penggantinya Mohd Najib Abdul Razak, dengan adanya Budak Tingkat 4, jika ada persamaan model di Amerika Syarikat itu, maka perlu ada usaha bersepadu melumpuhkan mereka.

Ertinya jika orang UMNO ada bukti bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh seorang daripada Budak Tingkat 4 ini, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin dan ahli UMNO sendiri mempastikan calon ini kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Sementara para pemimpin dan ahli PAS sudah jelas ketentuan mereka supaya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu. Kemudian UMNO dan Barisan Nasional kalah total di PRU 13.

Sama-sama kita selamatkan bola Perdana Menteri Malaysia selepas yang kini!

You Ceramah Klip Video - Zahar Hashim Keluar UMNO Sertai PAS - Malaysiakini



http://youceramah.blogspot.com/2008/12/eurocopter-whistleblower-joins-pas.html


http://www.youtube.com/

malaysiakini uploaded a new video
(1 day ago)
Former Umno Petaling Jaya Selatan division leader Zahar Hashim, who had ... more

Keputusan Zahar Hashim - Nobisha, Baik Untuk UMNO Baik Untuk PAS - Bagaimana?


Sebahagian masyarakat melihat Zahar Hashim sebagai wira. Langkahnya keluar UMNO menyertai PAS ialah langkah pencak ibarat ngiluan nan memeritkan pemimpin dan pihak tertentu. Siapa? Tentulah yang utama UMNO. Kemudian Barisan Nasional. Dan lain-lain lagi seterusnya...

Keputusan ini amat strategik. Satu pengajaran besar dan pengajaran kecilan tambahan yang bukan boleh diledak kata tanpa renungan jikapun tidak kajian mendalam.

Bagaimana pemimpin melihat titik dan detik yang memunculkan gambar di atas?

Dari pemerhatian saya. It is a smart move Zahar. Ada beberapa soalan masih belum berjawab. Sedang saya selidiki. Umpamanya kenapa sebelum P 36 Kuala Terengganu. Kenapa PAS bukan parti lain. Ada lagi Lah.

Reaksi seperti, "Zahar Hashim keluar UMNO tidak rugi apa-apa." Nanti saya ulas.

Soalnya, seperti tajuk di atas:
Bagaimana Nobisha boleh berkata, isu ini, perihal keputusan Zahar Hashim...Baik Untuk UMNO, Baik Untuk PAS.

Gelas begini...













http://nobisha.blogspot.com/

...dijadikan perspektif positif melihat. Pun kacamata melihat atau mahu melihat bukanlah gambaran hakikat sebenarnya.

Kenapa?

Zahar Hashim adalah pemimpin, ya pemimpin UMNO. Kini menyertai PAS. Berbeza dengan beberapa dan lain-lain pemimpin UMNO, pendirian, keputusan, tindakannya mendapat pujian. Ya, sebagai langkah wira.

Ertinya, UMNO dari kedudukan memiliki segelas air penuh, kini tiada. Sudah menjadi milik PAS.
A glass more than half full
flickr.com
Hanya kerana UMNO tidak mengawalselia keseluruhan tangki airnya dan kesemua gelas miliknya. Barangkali mungkin ada yang hanya seronok sebagai pemimpin, dia ada gelas dan dia dapat minum air penuh setiap ketika. Peduli apanya Zahar Hashim keluar atau tidak. Sesudah keluar, mahu barangkali disiram petrol dan diesel yang harganya dek kebisingan Team-Turun, Turun-turun, sudah murah sedikit sekarang.

Jadi, keputusan Zahar Hashim, baik untuk PAS. Tidak baik untuk UMNO.

Sedangkan semasa dalam UMNO kenyataannya bukan menyentuh keputusan kecil yo-yo mainan, ianya keputusan saiz Eurocopter Cougar. Jika yang dihunus pula bukan pemimpin bawahan, namun barangkali pemimpin potensi kerusi nombor wahid.

Sedangkan semasa dalam UMNO ya, Zahar Hashim begitu, fahamilah bila Zahar Hashim sudah berada dalam PAS.

Saya jangkakan Zahar Hashim bakal mencetuskan gegaran lebih berdengung daripada kipas Eurocopter Cougar untuk memihak kepada PAS.

Apakah pentas lebih tepat lapang dengan ramai audien ingin ketahuan, daripada kini di P 36 Kuala Terengganu..?

Cuba tanya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dia nak gelas sahajakah? Gelas penuh airkah? Atau Gelas air tinggal separuhkah? Atau air tanpa gelas?

Perlu disedarinya, ini gelas penuh ada power dalaman nak mai P 36 Kuala Terengganu.
Storm in a glass of water
photo.net
Kena gaya, impak PAS bersama Zahar Hashim, mampu terpeliot para pemimpin dan parti UMNO beserta rakan-rakan yang sekapal dengannya di sana kelak. Piala Mongsoong Lah katakan. Ya, dan selepas itu pula, InsyaAllah.

Pandangan saya, keputusan Zahar Hashim ini - UMNO Rugi, PAS Untung. Baik Untuk PAS, Tidak Baik untuk UMNO.

Sila baca "Sour Grapes" pada saya, dari pos berdentum di Blog A Mum Of Three Mohd, dan ada gambar Double-Mohd.
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq

YANG MANA SATU BERMASALAH.... ZAHAR ATAU UMNO?

Tahniah kepada PAS kerana menerima orang yang bermasalah. Itulah kenyatan PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengenai kemasukan Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS.


Tidak berpandangan jauh. Nasik telah jadi bubur! Serta, bila lagi nak perbetul UMNO. Berapa ramai lagi wira bangsa perlu keluar untuk menginjek kesedaran? Tak cukup Mahathir Mohamad, Sanusi Junid, Zaid Ibrahim...berapa ramai?
A Set Glasses Of Full Water
picasaweb.google.com
Dari segi keuntungan PAS, gelas penuh berisi air diperolehinya, adakah segelas sahaja atau berjumlah sebilangan pemimpin dan ahli UMNO Petaling Jaya Selatan.

Sepatutnya para pemimpin UMNO belajar dari hal ini. Usah melakukan untuk kepentingan diri, tidak mahu mendengar suara pemimpin dan akar umbi, penafian demi penafian, dan kemudian cemuhan.

Jika lantak Lah. Maka teruskanlah Lah budaya dan amalan seperti sekarang, apakah tidak perlu dihiraukan penolakan total nanti di PRU 13 kelak. InsyaAllah...

P 36 Kuala Terengganu - Ezam Bakal Muncul Berperanan bantu Wan Ahmad Farid

Temubual Eksklusif Baradan Kuppusamy Penulis Malaysian Insider Dengan Ezam Mohd Noor

Foto Oleh Choo Choy May

Khabarnya Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah meminta Ezam Mohd Noor untuk membantunya di P 36 Kuala Terengganu.

Dari temubual itu dijangkakan, Ezam Mohd Noor bakal memaklumkan para pengundi, termasuk dari UMNO dan PAS, sasarannya siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya?

Menarik!

InsyaAllah sama-sama kita saksikan nanti...

Lawak Pemimpin - Burok Siku

Hasratnya untuk berkahwin lagi belum boleh menjadi kenyataan. Anak dara yang bakal dikahwininya punyia Lah lawa mengalahkan ratu cantik. Macam mana nak buat, nak selesaikan masalah penyakit burok siku ini?

Asalnya sikunya luka. Kemudian berkudis. Lepas itu menanah. Busuk baunya. Kini, sikunya membengkak sudah sebesar buah mempelam. Setiap minit membengkak, dijangkakan minggu depan sikunya akan sebesar buah kelapa muda.

Macam mana nak menindihkan kenangan malam pertama pada isteri, siku ini mendatangkan masalah baginya. Walaupun usia telah melebihi 50 tahun, kopi reggea yang diminumnya 10 cawan sehari belum menampakkan hasil.

Merata dia pergi jumpa Bomoh, Sinseng, dan pelbagai perubatan alternatif. Tetapi tidak berhasil. Sikunya semakin burok.

Satu hari dia dapat tahu pasal Pakar Perubatan Saraf baru balik dari England, muncul di kaca TV. Pakar Saraf Burok Siku.

Pagi itu, dia sudah daftar dan ambil nombor. Jururawat memanggil namanya, dan dia masuk bertemu Pakar.

Bila Pakar melihat siku yang burok itu dia terperanjat! Kemudian dia bertanya, "Encik nii kerja apa?" Maka dijawabnya, "Saya pemimpin politik".

Jawab Pakar, "Tidak syak lagi. Ini lubang bernanah nii, menunjukkan YB memang lama berpolitik. Biar saya bacakan apa yang dapat saya faham dari siku yang burok dan membengkak ini ya. YB sedang menuju ke arah nak kahwin dengan anak dara yang jelita. Namun terhalang kerana siku ini akan membengkak sebesar buah nangka. YB pernah simpan 8 GRO. Rasuah dan politik wang YB dah sebat lebih kurang berjumlah..."

"Sudah Lah tu, saya tahu apa yang telah saya buat. Beri sahajalah ubat, saya makan, siku saya boleh baik seperti sedia kala!!!"

Pakar itu menjawab, "Tiada ubat yang boleh sembuhkan siku ini, kecuali satu perkara sahaja..."

"Apa dia? Katakan saya akan lakukan..."

"Cuba tengok siku yang buruk membengkak ini ya. Disebelah lubang tengah menanah ini, ada garisan ke urat macam huruf L ini. Ertinya, dulu YB ada hadiahkan sesuatu pautan yang membantu seseorang yang sakit siku. Tetapi kerana dia berlainan pegangan politik, dan dia dituduh menyokong parti pembangkang, YB telah ambil balik hadiah pautan itu, menyebabkan penyakitkan tiba-tiba parah dan kemudian dia telahpun meninggal dunia."

"Jadi apa yang perlu saya buat sekarang?"

"Senang sahaja. Saya ialah anak orang yang meninggal itu..!"

...

Kuang! Jeng!! Ding!!!

Macam mana nii, pemimpin politik beri sesuatu dengan ikhlas kepada mangsa, kemudian ambil balik kerana mangsa disyakki menyokong pembangkang?

Adeh!

Lawak Pemimpin - Kira Wang Pun Tak Tahu Kah?

Rasuah Politik Wang Sumbangan Ikhlas
peoplearmy.blogspot.com

Mana lah kita tahu ini macam sumbangan ikhlas kah! rasuah kah!! atau politik wang kah!!! Apapun susah bagi seseorang pemimpin politik dikenakan hukuman. Pun tidak jelas dari mana wang diperolehi, siapa yang beri dan apa sumbernya.

Tidak mengapalah.

Namun bualan begini barangkali pernah berlaku dalam hubung kait keintiman pemberi wang dan penerima wang.

Tokey: Ini investment ya. Saya kasi sekarang, nanti awak kasi balik 10 times ya.

Pemimpin: Baik Lah.

Tokey: Sekarang, saya bagi awak RM 10 Juta, kemudian lagi RM 10 Juta, belakang RM 10 Juta lagi. Total, berapa wang awak ada?

Pemimpin: RM 530 Juta.

Tokey: Bukan, bukan. Dengar lagi sekali ya, harap awak bukan pekak punya pemimpin politik ya?

Hisapnya begini. Saya bagi awak RM 10 Juta, kemudian RM 10 Juta lagi, belakang lagi RM 10 Juta. Total, berapa wang awak ada?

Pemimpin: RM 530 Juta.

Tokey: Waa, kira wang pun awak tak tau ka? Dulu ada sekolah tak? Ini macyiam argh. Korner sikit.

Saya bagi awak 10 Juta belon, kemudian 10 Juta belon lagi, belakang lagi 10 Juta belon tambah. Jadi, total, berapa belon awak ada?

Pemimpin: 30 Juta belon.

Tokey: Pandai. Back to the earlier question ok. Saya bagi awak RM 10 Juta, kemudian lagi RM 10 Juta, belakang RM 10 Juta lagi. Total, berapa wang awak ada?

Pemimpin: RM 530 Juta.

Tokey: Belon awak tau kira ya. Bila sampai wang saja awak jadi Bodoh kah? Apa pasal, Total RM 530 Juta? Apa macyiam awak kira?

Pemimpin: Awak kasi RM 30 Juta. Saya sendiri sudah ada, saya kumpul orang kasi, sudah berjumlah RM 500 Juta. Campur semua, RM 530 Juta.

Tokey: Itu macyiam kah? Awak talak declare asset ka?

...

Kuang! Jeng!! Dong!!!

Banyak tuu..!