Lawak Jer? Nasihat Pak Lah Kepada Pemandu Yang Balik Kampung
0 Comments
»
Gambar hiasan dipetik dari Perisik Rakyat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selalunya Stesyen Televisyen menyiarkan ucapan Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Entah Lah, Saya sudah lama tidak tonton, apa nama stesyen kerajaan ini, lupa pulak dah. Tapi tak apa, masa dulu-dulu saya ada tengok. Ingat sikit-sikit.
Jadi, dengan senario politik dan ekonomi sekarang, barangkali gamaknya, apa isi ucapan Abdullah Ahmad Badawi menerusi stesyen televisyen rasmi ini?
Jangan marah aargh, nanti kena jual.
Agaknya begini...
...
Abdullah Ahmad Badawi pemudasabah.blogspot.com |
Kepada mereka yang pulang berhari raya di kampung, setelah meninggal.
(Batuk)
Setelah meninggalkan bandar. Maka sunyi Lah kami di sini. Namun begitu, balik kampung, kunjung-mengunjung adalah amalan budaya yang baik untuk masyarakat Malaysia.
Pertama sekali, kepada semua pamandu yang balik ke kampung masing-masing, bila memandu itu, tak usah Lah sampai tertidor sambil memandu pulak ya...
Di kesempatan ini, saya ingin menegur mereka yang balik kampung, dengan kereta dan motorsikal.
Sifat yang tamak, mengisi tangki penuh-penuh, menyebabkan stesyen minyak di bandararaya dan bandar, sudah kekeringan.
Lain kali, cuba Lah balik kampung dengan berjalan kaki atau pun menaiki basikal.
Bagi penunggang motosikal, isi Lah tangki minyak suku sahaja. Beringat Lah orang Bandaraya dan Bandar yang tidak balik ke kampung.
Dengan mengisi minyak suku tangki, penunggang motosikal boleh bergerak separuh jalan, dan tolak motosikal separuh jalan lagi.
Bagi mereka yang menaiki kereta, pakat pakat Lah ya. Tapi usahlah pakat dengan Pakatan Rakyat pulak. Teruskan bersama Barisan Nasional.
10 kereta umpamanya, boleh berdedai balik kampung ikut jalan yang sama. Kereta depan isi minyak penuh, 9 kereta lain tidak payah isi langsung. Berdedai guna kabel besi yang dipaut di antara satu kereta di belakang dengan satu kereta di depan.
Sementara itu bas juga boleh isi minyak separuh tangki. Hantar Lah mereka yang menaiki bas, separuh jalan sahaja. Turunkan mereka untuk jalan kaki bagi baiki perjalanan mereka ke kampung.
Akhir kata. Bukan kata terakhir ya. Sebab saya lama lagi sebagai Perdana Menteri, sampai 1 Jun, 2100.
Pesanan saya ialah, bersyukur Lah, di atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional, yang telah turunkan harga bahan ini baru-baru ini, yakni, bagi seliter petrol dan diesel ialah 10 sen.
Banyak itu!
Jadi, kepada semua...
Selamat Hari Raya and Drive malaysiawatch3.blogspot.com |
...