Gelombang Rakyat

Aiman Tak Kisah Apa Jumlah Pak Lah Sebut Percaya Lah Sepenuhnya

Aiman tahu Pak Lah memang pemimpin yang hebat. Sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, Pak Lah kelihatan semakin segak.

"Bang! Bang!!"

Seronok kalau Aiman dapat main combat-combat dengan Pak Lah. Sekali pun jadi Lah, Tapi bila, Aiman Tak Kisah.

Baru-baru ini Aiman ada dengar pasal pembelian Eurocopter. Syoknya jikalau negara ada 18,001 unit jenis ini. Pegawai pakaian seragam tak perlu lagi naik burung. Aiman rasa macam burung ini kurang selamat. Tapi Aiman Tak Kisah. Kalau Pak Lah kata ia selamat, Aiman percaya sepenuhnya.

Aiman hairan kenapa ada orang bising-bising pasal harga Eurocopter ini. Ia bukan barang mainan pasar malam. Ini betul-betul punya. Lagi pun harganya sangat murah.

Apa bezanya, bila Pak Lah kata, harganya RM1.604 billion, atau RM1.67 billion atau RM1.7 billion. Pada Aiman sama sahaja. Billion jugak. Jikalau Pak Lah sebut RM 16 Billion pun Aiman Tak Kisah. Sebab kerajaan kita banyak duit.

Ekonomi negara kita mampin. Ringgit kita kukuh. Kita tidak akan terjejas oleh krisis ekonomi dunia. Sebab itu Lah, Aiman harap sedikit masa lagi, Pak Lah akan luluskan pembelian sebanyak mungkin Eurocopter ini. Walaupun 18,001 unit.

.


EUROCOPTER EC 725 COUGAR

1 comments:

Anonymous said...

fuck u pak lah