Kita Tertipu Oleh Pak Lah Dalam Isu Serah Semua Kerusi 9 Mac 2009
Dunia Ana Yang Punya!
240 x 320 - 23k - jpg
sanggahtoksago.blogspot.com
Apa sebenarnya yang telah berlaku pada 8 Oktober 2008? Ya, selepas Abdullah Ahmad Badawi bertemu para pemimpin dan parti politik komponen Barisan Nasional...
Mari kita fahami bersama.
Jadi apakah ertinya pengumuman oleh Abdullah Ahmad Badawi semalam yang boleh dikatakan memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia?
Manfaat sebenar sebagai desakan awal yang perlu diutamakan ialah Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya pada 9 Mac 2008.
Dengan licik dia bertempoh, dan ibarat pemimpin yang lemas dalam politik dia dapat menggapai apa sahaja untuk bertahan dalam survival politiknya sehingga 9 Mac 2009.
Dalam tempoh dari sekarang sehingga ke tarikh itu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Dan apakah jaminan bahawa, Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berusaha untuk melanjutkan kerjayanya sehingga pertengahan 2010, atau apa yang saya maksudkan sebagai lanjutan sehingga 1 Jun 2100?
Abdullah Ahmad Badawi tidak ikhlas dalam pengumumannya semalam. Pengumuman itu dibuat sekadar untuk meredakan bahang desakan supaya peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa dilakukan awal.
Ertinya meletak semua jawatan semalam, yakni 8 Oktober 2008.
Barulah bermakna peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa tersebut.
Penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi ialah *tidak bertanding jawatan Presiden UMNO pada 9 Mac 2009*.
Itu samalah seperti memiliki sebakul buah-buahan yang lazat, dan pada 8 Oktober 2008, dia hanya bagi Rakyat dan Negara Malaysia kulit bungkusan bakul tersebut.
InsyaAllah bersambung...
* Apakah implikasi kepada perubahan yang mahu dilakukan demi kebaikan semua, bila Abdullah Ahmad Badawi letak semua jawatannya.
Kenapa payah baginya dan kepayahan kepada penggantinya dan para pemimpin lain?
Apakah yang hendak dilakukannya semasa masih berkuasa tidak boleh dilakukan oleh penggantinya dan pasukan baru? Jika pun dilakukan, apakah pemimpin pengganti dan para pemimpin lain tidak akan mengubahnya?
InsyaAllah, tunggu...