Gelombang Rakyat

Lawak Hospital - Habis Lah Gua Punya Testis..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Bayangkan Lah, jikalau pesakit berjumpa Doktor, maka sakit punggung diinjek dada. Sakit siku dibedah lutut.

Tapi bagaimana kalau pesakit dijangkiti “testicular torsion” mengalami kerosakan testis sepanjang hidup. Apa yang telah dilakukan oleh Doktor? Kenapa berlaku demikian.

Mari kita ikuti al-kisahnya.

Begini...

...

Pegawai Eksekutif: Selamat Datang bertugas kepada para Doktor Baru, dan terima kasih kerana hadir Taklimat dan Taklipat khas hospital kita ini. Saya akan bercakap paling sependek mungkin. Diharap dengar baik-baik.

Hanya 3 Doktor yang hadir mendengar Taklimat dan Taklipat Pegawai Eksekutif itu.

Pegawai Eksekutif: Saya tahu Lah, 3 orang sahaja Doktor yang hadir di depan saya ini. Tak perlu Lah nak menyibuk mencelah ayat plak.

Kata Pegawai Eksekutif itu semacam marah nampaknya.

Pegawai Eksekutif: Saya bukannya marah. Tapi tension. Tidak ada sesiapa peduli untuk ubahsuaikan suasana kerja di hospital ini.

Kata Pegawai Eksekutif itu lagi.

Pegawai Eksekutif: Zubli Zainordin, boleh dak awak tak usah mencelah. Ini saya nak bagi Taklimat dan Taklipat paling pendek pada 3 orang doktor baru ini.

T..............................................ick Tock............

Pegawai Eksekutif: Baik Lah. Di hospital ini, pesakit tidak ramai. Sehari kurang lebih pun, yang mendapatkan rawatan cuma 18,000 orang sahaja. Doktor asalnya ada 3 kesemuanya, campur anda semua, sekarang ada 6. Tetapi, semalam seorang Doktor telah diberhentikan.

Jadi sebagai Doktor anda semua kena Lah bertugas round-the-clock. Termasuk on-call. Gaji bulanan, RM 1,250. Untuk kerja lebih masa, anda boleh buat tuntutan, tidak melebihi RM 2.50 sebulan. Pendapat penuh ialah RM 1,252.50 sen.

Penting sekali di hospital ini anda amalkan ini ya:

Pertama: Makan sedikit sahaja supaya berak menjadi kurang.
Kedua: Setiap setelah lapan jam bekerja, tidor Lah selama 8 minit sahaja.
Ketiga: Bekerja Lah penuh dedikasi mengikut standard profesyen kita.

Baik Lah, anda semua boleh mula bertugas sekarang!

Para Doktor pun bergegas ke tempat kerja masing-masing. Pegawai Eksekutif itu turut mahu beredar juga. Tetapi, soalannya ialah kenapa seorang Doktor itu diberhentikan kerja, sedangkan jumlah Doktor di hospital ini amat berkurangan.

Pegawai Eksekutif: Zubli Zainordin, Doktor itu diberhentikan kerana ada seorang pesakit dijangkiti “testicular torsion” kerana terlalu letih agaknya, Doktor itu telah melakukan sedikit kesilapan treatment, akibatnya pesakit itu mengalami kerosakan testis sepanjang hidup. Macam-macam kes lagi ada. 3 orang Doktor yang baru masuk itu, entah Lah, berapa testis pesakit lagi plak yang akan rosak, jika suasana kerja di hospital ini tidak diubahsuaikan.

...

Kuang! Pu!! Tusyh!!!


Bacaan Berkaitan:

Ubahsuaikan suasana kerja di Hospital Klang secepat mungkin

Posted by ari on Oct 25, 2008 in Pakatan Rakyat

Saya berprihatin dengan perasaan tidak puas hati doktor yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HRAR) yang berada di kawasan Parlimen saya. Setelah berbincang dengan beberapa doktor, saya terkejut dengan suasana kerja dan perasaan tidak puas hati secara umumnya berkaitan dengan upah dan kebajikan.

Saya tertarik dengan masa kerja doktor terlampau panjang – mereka perlu kerja dari 8am hingga 5pm, sentiasa “on call” dari 8pm hingga 8am dan terus dengan masa kerja lazin sehingga 5pm.

http://politickler.com/2008/10/25/ubahsuaikan-suasana-kerja-di-hospital-klang-secepat-mungkin/

Lagi...

Ubahsuaikan suasana kerja di Hospital Klang secepat mungkin

Kenyataan Media oleh Charles Santiago Ahli Parlimen Klang pada hari Khamis, 23 Oktober 2008:

Tingkahlaku begitu tidak boleh diterima. Tetapi kita perlu mengambil kira situasi kerja dan menghasilkan satu penyelesaian yang tahan lasak untuk mencegah kecuaian yang disebabkan oleh masa kerja terlampau panjang.

Dengan itu, saya mencadang Kementerian Kesihatan melahirkan satu system shift yang membenarkan doktor rehat dengan cukup. Saya diberitahu bahagian anesthesiology di kebanyakan hospital dalam negeri melaksanakan sistem shift.

http://press.politickler.com/2008/10/ubahsuaikan-suasana-kerja-di-hospital-klang-secepat-mungkin/

0 comments: