Lawak Komoditi - Jatuh Pulak Harga Minyak Mentah & Minyak Sawit..!
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Jom! Dengar apa cerita terkini...
...
Sekali lagi Radio Ibu Desa ke udara, Radio 39 Perpuluhan 39.
Ya, bersama saya, Atikah Sulaiman, di studio ialah seorang wakil kerajaan yang tidak mahu namanya disebut.
Tidak mengapa Lah, beliau akan menerangkan perihal kejatuhan harga komoditi, khususnya minyak mentah, dan minyak sawit.
Silakan Datuk...
Teks Penerangannya:
Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan I & II, kesemuanya yakin bahawa ekonomi Malaysia mantap. Jika lain-lain negara di dunia terkesan teruk, namun Malaysia tetap Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang.
Sebab itu Lah, kita tidak perlu risau atau khuatir bila Harga Komoditi jatuh. Reserves negara cukup banyak.
Atikah Sulaiman:
Ada laporan di Malaysian Insider ini haa:
Commodity price falls spell trouble for MalaysiaOCT 25 - The global economic turmoil is at Malaysia"s doorstep.
And the first severe challenge facing the government is its ability to collect revenue and push growth ~ a fact being drive home by the slump in crude oil and palm oil prices.
Berita selanjutnya di sini:
http://m.themalaysianinsider.com/
Penerangan lanjut Wakil Kerajaan:
Tidak perlu risau, kejatuhan ini kecil sahaja. Tidak akan terkesan ekonomi dan kesejahteraan Rakyat dan Negara Malaysia.
Yakin Lah sebagaimana pemimpin negara kita yakin.
Penurunan harga minyak mentah dunia pada kadar US$1, ertinya kita tidak dapat mengutip keuntungan sekitar RM 600 Juta sahaja. Ini tidak Lah menjadi perkara yang pelu kita risaukan. Adat Lah ada kala untung, ada kala rugi.
Harga minyak mentah dunia sekitar US$62 se tong. Kos pengeluaran US$60. Kita masih untung banyak, yakni US$2 se tong.
Jika harganya turun sehingga US$50 se tong. Negara masih boleh menampung kerugian ini, yang hanya sebanyak US$10 sahaja setong. Malahan kita masih tetap mampu jika harga bahan ini turun sehingga US$25 setong.
Sementara itu komoditi minyak sawit di peringkat global turut turun. Kos pengeluaran ialah di antara RM 1,200 hingga RM 1,700. Harganya di pasaran dunia telah jatuh sekitar RM 1,400 sahaja. Ertinya kita masih untung banyak sekiranya kos pengeluaran kekal pada RM 1,200 hingga hampir mencecah RM 1,400. Jika kos pengeluaran dan harga pasaran sama, ertinya kita masih belum rugi apa-apa. Namun bila kos pengeluaran naik dari RM 1,500 ke RM 1,700, kita anggap Lah ini sebagai satu amal jariah kita kepada dunia.
Kemungkinan kerajaan tidak dapat mengutip hasil sejumlah RM 60 Billion dari minyak sawit tahun ini. Tetapi tidak mengapa, kerajaan sudah kutip banyak dah dahulu.
Atikah Sulaiman:
Terima kasih Datuk, kita dengar lagu seketika, sebuah lagu Biduanita Saloma, "Apa Guna Berjanji"...