Lawak Pemimpin UMNO - Berapa Banyak Kuda Daa Ilham Dari Blog Depa Kata
0 Comments
»
Ini parti Ameno, pasal apalah sudah tidak ada manusia, yang ada semuanya Kuda belaka!
Begitu Lah sungut Zendo, ketika bersama kengkawan, cerita politik, di gerai minum Leha janda berhias, putih gebu.
Achan: Apo yang ekau cakap an ni Zendo?
Bakaq: Ya Lah, Zendo, parti Ameno Lah, Kuda Lah, cuba hang bagi penerang syikit.
Zendo: Perhimpunan Agung Ameno, tak lama lagi. Sekarang, ada Lah dibuka peluang untuk pemimpin bertanding. Tapi tidak ada seorang manusia pun yang nak bertanding. Aku baca kat blog Depa Kata, hanya Kuda sahaja yang bertanding.
Yahye: Bior beto kor nii Zendo, ado kor pulok menate betanding neh? Kude. Alahai, pelek...pelek...
Zendo: Iya, aku baca blog itu, macam-macam jenis Kuda yang bertanding.
Leha: Bang Zendo, saya sejak kechik lagi, teringin nak naik Kuda...
Zendo: Iya ke? Abang pun. Nanti kalau lapang masa, kita pergi baik punya tempat, naik Kuda free, ye Leha...
Leha: Ini air nya yang Bang Zendo order tadi. Kopi Tongkat Ali, susu lebih. Minum Lah...
Zendo: Terim kasih, Leha...
Bakaq: Hang Zendo, kalau hang pegi dengan Leha, naik Kuda, bawak aku sekali noo!
Yahye: Gok, Kude ape yang bertanding dalam parti Ameno nii Zendo?
Achan: Cer ekau kobar an Zendo, Den pun nak tau juo.
Zendo: Begini...mula-mula yang bertanding ialah Kuda Tua lembik. Lepas itu sudah macam tak jadi pulak. Kuda ni tak larat kot. Selalu tidor saja.
Achan: Laie, Kudo apo plak?
Zendo: Lepas itu, ada pulak Kuda Solja. Tapi, tambah lagi, ada pulak yang tak kasi chan, masuk betanding Kuda Istana pulak.
Yahye: Jadi nye, due Kude Lah yang betanding, Zendo?
Zendo: Ada lagi Yahye. Maka, masuk pulak bertanding, si Kuda Hitam.
Bakaq: Kuda Hitam? Woh! Macam lagu pulak noo...
Achan: Tigo Lah sajo yang betanding, yo Zendo?
Zendo: Ada lagi.
Bakaq: Lepaih Kuda Hitam, Kuda apa pulak?
Zendo: Lepas itu masuk pulak bertanding, Kuda Tak Ada Kuda-kuda.
Achan: Ha ha hakh! Kalau Kudo dok ado Kudo-kudo, cam mano nak betanding Zendo?
Bakaq: Itu nan aku pelek jugak tu...
Zendo: Ada satu lagi kuda, dia macam jirafah. Kuda Panjang, pun mahu bertanding jugak.
Achan: Inin dah jadi macam Res Kudo yo Zendo!
Zendo: Ada lagi. Satu ni, Kuda Pendek! Pun mahu bertanding...
Achan: Macam den ponah donga yo, Kudo Pendek nii. Tapi tak po. Lai, kudo apo?
Zendo: Ada pulak satu ini, Kuda Kayu.
Yahye: Kude Kayu pong bertanding jugok, Zendo?
Zendo: Ya, Yahye. Ada lagi Lah, tapi bukan Kuda. Sebenarnya, nak kata orang bukan, nak kata kaldai pun bukan, tapi mengaku Kuda.
Bakaq: Jadi berapa ekoq semua yang betandin?
Zendo: Banyak, tak terkira.
Yahye: Beto benar kate Sudin dullu, parti ameno ni lame-lame hok jadi mace Sarkas...
Achan: Serupo macam Zoo pun ado...
Dunia politik hari ini, hai macam-macam ada...