Gelombang Rakyat

Lawak UMNO - Ketinggian Kota Ketinggian Kata

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.

Adalah satu kajian akan satu kaum di Afrika. Tiada yang gagap. Istilah itu pun tiada dalam "kamus" masyarakatnya.

Kemudian, ada Profesor yang menulis perihal "bebalisme" kami baca sewaktu di kampus dulu.

Dalam satu kursus "Perkhidmatan Kaunter Cemerlang" di Johor Bahru, saya bersama peserta kursus cuba senaraikan perkataan seumpama dalam budaya Melayu. Begitu banyak sekali. Mari kita lihat apa yang baru terjadi di suatu mesyuarat Parti, dan saya cuba serapkan senarai perkataan tersebut.

Begini...

...

Ketua: Sekian Lah sahaja ucapan saya.

Ahli 1: Tindakan itu tongong!

Ahli 2: Eh! Baghal, apa yang kau cakap nii?

Ahli 1: Diam Lah Bodoh. Aku soalkan nii ahli kena gantung tiga tahun, tindakan yang tongong.

Ahli 3: Apsal kau bangang sangat. Keputusan dah muktamad. Apa nak bising lagi? Biol..!

Ahli 1: Siapa kata muktamad? Masih boleh bincang apa? Jangan jadi Bebal sangat.

Ahli 4: Kau orang nii sedikit pun tak ada rasa hormat pada ketua. Kenapa kau orang bongok sangat?

Ahli 5: Dia orang nii dah tolol, nak buat macam mana?

Ahli 6: Macam P. Ramlee kata dalam filem dia, sama Lah, dia orang ini bahalol..!

Ketua: Sudah lah tu, kita nii di kota yang tinggi, ada tammaddun, kenapa nak hidup pakai undang-undang hutan?



...

Kuang! Jeng!! Huuthan!!!

Shooh! Shooh!! Tak boleh gelak, pii mein jauh-jauh...
Click to put your ad here, for only $0.10 a day



Berkaitan:

Di Blog Jiwo Kelate:

Mesyuarat Perwakilan Umno Kota Tinggi kecoh dengan ‘tongong’ dan ‘bangang’ antara dua kumpulan

Mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi hari ini kecoh apabila beberapa perwakilan mempersoalkan keputusan penggantungan keahlian tiga tahun terhadap beberapa orang pemimpin peringkat bahagian itu baru-baru ini.



mSTAR Online melaporkan:

Berita »
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin

KOTA TINGGI: Mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi hari ini kecoh apabila beberapa perwakilan mempersoalkan keputusan penggantungan keahlian tiga tahun terhadap beberapa orang pemimpin peringkat bahagian itu baru-baru ini.

...

Kata-kata kasar digunakan oleh golongan yang berbeza pendapat sehingga memaksa Syed Hamid naik semula ke pentas merayu agar perwakilan tidak menggunakan apa yang dipanggilnya undang-undang hutan.

Kekecohan itu berlanjutan lebih kurang 40 minit dengan panggilan 'tongong' (bodoh) dan 'bangang' digunakan oleh kumpulan-kumpulan berbeza.

0 comments: