Lawak UMNO - Mesyuarat Bahagian Mana Boleh Nyanyi?
0 Comments
»
Ya tak iya, ini mesyuarat bahagian, mana boleh nyanyi, ye dak?
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Radio Ibu Desa 39 perpuluhan 39:
Sebahagian daripada mesyuarat UMNO Bahagian telahpun berlangsung dengan lancar. Ada lagi sebahagian masih belum bermesyuarat. Dijangka lancar juga.
Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Semuanya lancar.
Apapun, di kesemua mesyuarat UMNO Bahagian, ahli dan pemimpin telah menunjukkan kesopanan dan kesusilaan. Serta semangat kesukanan yang tinggi.
Sekian Lah sahaja, maju Lah sukan, untuk negara...
Chup! Chup!! Ya ke?
Iya!
Tapi, apa pulak yang telah terjadi di sini:
Lagi berita daa...
Polis terpaksa kawal mesyuarat di Rantau Panjang ~ Malaysiakini |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Maaf, pihak kami belum dapat maklumat terperinci insiden di sini. Namun, dari gambar tersebut, dijangkakan, terdapat sedikit perebutan, barangkali, mungkin, gamaknya, ada yang berebut nak nyanyi.
Bergurau sahaja, jangan marah aargh...
Begini...
Penonton: (Tergamam)
Mike: Ini mikrofon, aku yang pegang, tolong tak usah usik.
Jang Gut: Aku kata bak sini. Aku pulak nak nyanyi. Lagu "Alah Omak Kahwin Kan Den".
Ba Ju Biru: Alamak, haru-biru betul lah mesyuarat kita. Ini mesyuarat Bahagian, mana boleh nyanyi!?
Song Kok: Aku baru intro jer tu. Aku tak habis lagi nyanyi lagu "Pasir Roboh". Jangan Lah cekik, sakit Lah oii...
Grip Po: Nak nyanyi, ini leher kalau kiok, apa lagu pun tak boleh nyanyi dah!
...
Kuang! Jeng!! Jeng!!!