Lawak UMNO - The Shut Up, The Incompetent & Jokers
0 Comments
»
Mari kita lihat seorang demi seorang pemimpin UMNO. Khususnya pemimpin yang sepatutnya lama dah bersara tapi masih terhingin nak kekalkan kedudukan; pemimpin yang tidak boleh diharapkan lagi namun masih terhingin nak menduduki kerusi tertinggi, dan pemimpin yang hanya boleh dilihat layak dan lagak sebagai pelawak sahaja, namun masih terhingin mahu menjadi pemimpin tertinggi jugak.
Aduhai, apa Lah nak jadi dengan UMNO, dan para pemimpinnya. Hancur! Hancur Negara. Rosak! Rosak Rakyat, selagi mereka itu-itu Lah jugak yang terus beralih-alihan kepemimpinan dan pindah berpindah kuasa.
Maka tersebutlah Al-Kisah Lawak berikut.
Entah iya entah kan tidak.
Sekadar berhibur sahaja.
Begini...
Oleh kerana doa Rakyat Malaysia yang teraniaya dek kepemimpinan mereka ini, maka tersebut Lah kisah, munculnya seorang manusia pengaman bernama Jamil Karri. JK, bukan KJ, okay?
Jamil Karri ini mempunyai kuasa ajaib, bila dia berada di suatu tempat, sesiapa yang berbohong akan di zap kejutan elektrik yang datangnya dari berbagai arah.
Suatu hari, Jamil Karri muncul di suatu mesyuarat tertinggi UMNO.
Ahli mesyuarat yang sedang bermesyuarat menjadi terkejut. Namun semua bersalam-salaman dengannya. Semua duduk di tempat masing-masing. Terpegun dengan Jamil Karri.
Jamil Karri: Siapa di antara kamu yang tidak pernah main politik wang?
Semua angkat tangan! Dengan serta merta mereka menjerit kesakitan kerana entah dari mana kejutan elektrik datang zap mereka. Bila pemimpin mengaku, baru Lah kejutan elektrik itu berhenti zapping.
Jamil Karri tahu mereka semua ini pembohong.
Jim Karri: Kamu!
Pemimpin 2: Ya, saya...
Jim Karri: Kamu selama ini telah gagal perform, dan kamu tidak boleh diharapkan lagi. Kamu tiada pendirian. Kamu sebaiknya bersara.
Pemimpin 2: Saya tidak bersetuju!
Terus dia kena kejutan elektrik. Lalu dia pun menjerit kesakitan.
Pemimpin 2: Saya setuju! Saya setuju. Saya memang tidak boleh diharap menjadi pemimpin tertinggi. Saya gagal perform dengan baik PRU 12 dan P 44.
Tiada kejutan elektrik. Namun para pemimpin lain melopong setelah mendengar jawapannya.
Jim Karri: Bermula sekarang, kamu The Incompetent!
Pemimpin 2: Ya, Saya mengaku...
Jim Karri: Kamu! Kamu!! Dan Kamu!!! Kamu semua bukan Lah pemimpin yang terpuji. Kamu hanya bertaraf pelawak sahaja!
Para Pemimpin Berkenaan: Kami bangkang!
Terus mereka semua kena kejutan elektrik. Kemudian masing-masing mengaku. Baru Lah kejutan elektrik berhenti.
Jim Karri: Bermula sekarang, kamu The Jokers!
Para Pemimpin Berkenaan: Ya, kami mengaku...
Jamil Karri: Kamu!
Pemimpin 1: Ya, saya...
Jamil Karri: Betul kah kamu nak bersara awal?
Pemimpin ini mengangguk. Terus dia kena kejutan elektrik. Dia pun menjerit kesakitan. Bila dia nafi. Baru Lah kejutan elektrik itu berhenti.
Jamil Karri: Jadi, bila sebenarnya kamu nak bersara?
Pemimpin 1: Pertengahan 2010.
Terus dia kena kejutan elektrik. Dia pun terjerit terlolong kesakitan.
Pemimpin 1: Dak! Dak, sebenaqnya, 9 Mac 2009.
Terus dia kena kejutan elektrik. Dia pun terjerit terlolong kesakitan.
Pemimpin 1: Bukan! Bukan!! Sebenaq nya 1 Jun 2100.
Tiada kejutan elektrik. Namun para pemimpin lain melopong setelah mendengar jawapannya.
Jim Karri: Bermula sekarang, kamu Shut Up!
Pemimpin 1: Baik Lah, saya akan Shut Up.
Tiba-tiba...
Isteri: Kanda! Kanda!! Bangun...
Suami: (Terjaga) Kenapa? Ooo Dinda rupanya...apa hal Dinda?
Isteri: Kedengaran tadi Kanda terjerit terlolong, kenapa?
Suami: Ooo tadi Kanda kena kejutan elektrik banyak kali. Err! Kanda di mana nii? Di rumah kita rupanya. Oh! Sebenarnya, Kanda bermimpi...
Isteri: Bukan bermimpi, ini jari kanda ini terkena lubang cucuk mouse kat lap top Kanda nii. Patut Lah kena kejutan elektrik. Mari Dinda betulkan.
Lap top terpasang, dan ternampaklah satu paparan Blog Mantra, In Deep Tots...
Asked what he thought Abdullah should do between now and March next year,
Dr Mahathir said: "Shut up."Asked to comment on Datuk Seri Najib Tun Razak as the possible prime minister,
he was not impressed with Najib's performance as deputy prime minister now.Dr Mahathir described Najib as an incompetent deputy prime minister because the latter did not have his own stand and was always following Abdullah's advice, hence Najib needed to change when taking over the helm later.
On the possible candidate for Najib's deputy, Dr Mahathir said it should be Tan Sri Muhyiddin Yassin, adding that the other current contenders for the Umno deputy president post were "jokers" only.
Perincian dan banyak lagi bahan menarik di sini:
http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2008/10/tun-mahathir-pak-lah-shut-up-najib.html
fWakakah...
(Pos ini ilham dari Blog In Deep Tots oleh Mantra, super blogger and superb blog)