Gelombang Rakyat

Pemimpin Harapan Malaysia Ialah Pengganti Yang Terbaik

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Rakyat Malaysia ialah majoriti. Kuasanya hebat tidak terperi. Darinya lahir pemimpin pekerti. Di situlah asal usul pemimpin tidak seharusnya melupai. Mereka yang lain kekal pengikut dengan peranan saling maju memajui. Pemimpin Terbaik dan Rakyat sebagai tenaga berpadu, di negara Malaysia, bukan seteru, malah bergandingan untuk menterjemah harapan menjadi nikmat yang bersama dikongsi. Itulah kuasa pemimpin-pengikut yang bila diintegrasi dapat melangsungkan satu transformasi.

Kepada pemimpin yang baru menjadi pengganti maka negara kini dibahui untuk diterajui. Rakyat Malaysia kepadamu harapan ditaruhi. Maka, usahlah ruang luas mula dipagari. Di dalamnya hanya isteri, suami, anak, menantu, sahabat akrabi. Sehingga mantan pemimpin menjauh diri. Kerana berkecil hati. Suara ahli mula tidak dipeduli. Senyum simpul bertahun sekali hanya sekadar untuk meraih undi. Setelah menang berkurun tari menari. Sebaliknya rapatkan barisan dalam bulatan padu yang semua selesa dirasai. Setiap diri dalam kabinet yang mantap dan saling memperkukuhi.

Renungkanlah bersama, kepada yang berpegangan dan beragama, lantaran yakin dan percaya inilah yang paling betul selainnya tidak perlu dihormati. Fahamilah apa yang Pencipta telah tetapkan untuk ditepati. satu cara hidup, a way of life, maka setiap yang bernyawa dapat hidup mengikut hukumi yang dirukuni. Jika yang mahu disembah ialah selain Ilahi, maka usahlah mengherdik atau mencemuh mereka yang sedang tercari-cari. Guna lah hikmah lalu mereka diajaki. Kepada kebenaran Yang Satu tuntut diesai. Dia yang tiada beranak atau diberanaki. Semua bergantung kepada-Nya, tiada satupun yang menyamai.

Perlembagaan Negara itulah yang kita telah setuju untuk sama-sama patuhi. Namun didakwatkan oleh tangan manusiawi, wujud baik dan buruknya, justru usahlah sampai ianya tidak boleh diperbaiki. Parlimen ialah dewan tempat para pemimpin saling membahasi. Peraturan, akta dan undang-undang digubali. Supaya apa yang kurang ditambahi. Apa yang lemah diperkuati. Apa yang buruk diperbaiki lagi dan lagi.

Parti politik berlainan ideologi. Didukung pemimpin dan pengikut yang sama mempercayai. Sistem yang mempengaruhi dalam pemerentahan negara dan negeri. Nilai yang dikongsi membolehkan jumlah ahli meninggi. Dalam pilihanraya biarlah yang terbaik dipilih pengundi. Pun begitu, etika moleklah dihargai. Usahlah ada yang niat nak menang, sehingga sanggup, calon dan parti lain diburukki. Malah bentangkanlah manifesto berteraskan ideologi parti. Itulah kempen dipenuhi isi. Akibatnya manfaat ataupun mudharat sama-sama kita tanggungi kerana majoriti biarpun satu angkanya itulah kemahuan kita pada demokrasi. Lemahnya ada kepada kebenaran yang dihajati, namun usahlah kesempatan ini didahului tanpa kebaikan mendahului.

Di mana juga termasuklah Malaysia ini, kuasa dan kemewahan berkaitan sungguh erati. Maka bermula dengan Raja dan Kerajaan yang mewakili. Khazanah negara rata sepenuh diperbendaharai. Marilah kita tentukan semula apa yang setimpal untuk masing-masing ambili. Mungkin tidak sama boleh kita fahami, namun masih boleh kemewahan sama merasai bila saksama ditentukan dengan hati budi. Ertinya bukanlah dalam senyap atau sembunyi, ada pihak jahat menjadi maka orang dan pihak lain pula yang dianiayai. Jika ini terjadi, tentunya akhirnya kelak dapat juga didedah untuk diketahui. Ketika itu, tiada berguna lagi. Jadi, malu lah rasa diawal lagi sebelum ke mahkamah wajah keluar di semua media termasuk TV. Tolonglah kawallah nafsu sendiri, bila berhadapan dengan seumpama, yakni kuasa berkaitan harta, tahta, pria ataupun wanita, jika bukan hak dan tertib moralnya, hendaklah masing-masing berpuasakan diri.

Inilah sedikit tinta sebagai draf pandangan, jika mendapat buah sumbangan tambahan, maka bertambah elok cantik untuk semua memanfaati. Oleh Rakyat dan negara Malaysia kita ini.

0 comments: