Pemimpin Politik Ke mana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasik?
0 Comments
»
Lama juga saya perhatikan kisah pemimpin politik Malaysia, perihal tajuk di atas. Terutama selepas PRU 12.
Saya bayangkan para pemimpin politik berbincang di rumah ketika, ketika anaknya duduk di riba. Ertinya, kelahirannya sudah mula didedah secara tidak langsung kepada hal politik Malaysia.
Tidak keterlaluan jika dikatakan sudah ada ahli keluarga politik, dalam senario politik di Malaysia.
Nama seperti:
Abdul Razak Hussein dan Mohd Najib Abdul Razak,
Hussein Onn dan Hishammuddin Hussein,
Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir,
Mazlan Harun dan Harun Idris,
Shahrir Abdul Samad dan Khalid Abdul Samad,
Ahli Keluarga Ong Dan Chua
Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah Anwar
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
Ini satu fenomena yang menarik.
Cuma yang lebih menarik kali ini ialah apa yang dipaparkan di blog Husin Lempoyang, bertajuk:
Dari Kodomo Lion Merebak Ke Kodomo Tiger, catatan Thursday, October 02, 2008
Syed Hamid Albar, yang diketahui ialah anak tokoh politik Syed Jaafar Albar.
Satu poin dalam topik yang disentuh oleh Husin Lempoyang, ialah:
Ke Mana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasik.
Soalnya, bagaimana kalau kuah tertumpah ke atas meja?
Saya kata, ambil pinggan, letak di bawah sisi meja, lorotkan kuah yang tertumpah ke atas nasik.
Apa macam?
Bagaimanapun, adalah menarik untuk melihat bagaimana ahli keluarga politik ini mempengaruhi Rakyat dan Negara Malaysia.