Gelombang Rakyat

Pengganti Pemimpin

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Kita berada di satu titik dalam perlangsungan masa di mana kita sedang mencari Pengganti Pemimpin.

Dalam politik apa pun mungkin maka perlulah kita tunggu Abdullah Ahmad Badawi dengan rasminya tidak lagi Perdana Menteri Ke-5.

Dikhuatiri dia mengubah keputusan, atau sesuatu terjadi yang memungkinkan Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga PRU 13.

Pun begitu, mengetahui bahawa seseorang Perdana Menteri Malaysia tidak akan kekal dikerusinya untuk selama-lamanya, macam direnung penganti pemimpin ini.

Adakah kita selesa dengan Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin?

Ataukah kita lebih mahukan Tengku Razaleigh Hamzah, atau Muhyiddin Yassin?

Adakah lagi tokoh selain mereka di dalam parti yang lebih layak dan lebih baik?

Ataukah kita perlu mencari pemimpin lain di luar parti, terutamanya Anwar Ibrahim.

Ataukah ada kemungkinan lain?

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku kelak...

0 comments: