Gelombang Rakyat

Rombakan Kabinet Tidak Perlu Sekarang - Kenapa?

Ada kemungkinan Abdullah Ahmad Badawi akan merombak Kabinet Jemaah Menteri. Alasannya ialah perubahan pucuk pimpinan MCA.

Alasan ini tidak kukuh, dan rombakan Kabinet Jemaah Menteri tidak perlu sekarang, ketika Abdullah Ahmad Badawi masih belum menympurnakan apa yang dijanjikannya dalam tempoh sehingga 9 Mac 2009. Lagi pun, bila Abdullah Ahmad Badawi bersara awal, Perdana Menteri Malaysia yang baru, akan merombak Kabinet Jemaah Menteri ini semula.

Adalah dirasakan, selain Abdullah Ahmad Badawi sendiri tidak diperlukan lagi berada dalam Kabinet Jemaah Menteri ini, didapati Menteri yang perlu dikekalkan hanyalah 5 atau 6 orang sahaja. Selainnya tidak kelihatan performance yang boleh memajukan Rakyat dan Negara Malaysia.

Diharapkan ketika inilah satu lagi flip flop diperlukan. Ertinya jika ada rombakan kabinet, biarlah Perdana Menteri Malaysia yang baru melakukannya.

Kos pindah mahal, sayang...

0 comments: