Gelombang Rakyat

Selepas Pak Lah & Saya Bermaaf-maafan Dia Mesti Letak Semua Jawatan Sekarang

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 77

Di TranungKite OnLine:

1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
Dilulus terbit pada Wednesday, October 01 @ 09:41:48 MYT oleh admin
Coretan @ Luahan
Oleh zublizainordin

" Seperti yang dijangkakan, dan tidakpun ditunda, bersempena hari baik di bulan yang baik ini, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin utama negara, bagi dirinya dan bagi pihak isteri dan ahli keluarganya memohon maaf dari Rakyat Malaysia, di atas sebarang kesilapan yang telah dilakukan.

Lafaz minta maaf ini disampaikannya bersempena Hari Raya Aidil Fitri, dalam ucapan perdana yang telah disiarkan melalui kaca TV, di antara akhir Ramadhan 1429 dan 1 Syawal 1429.

Kata Abdullah Ahmad Badawi inilah masa untuk memohon kemaafan dan memberi kemaafan, serta mengiratkan silatur-rahim, ketikamana Aidilfitri ialah dalam bulan Syawal.

Baiklah. Kemanusiaan selapis, dan politik selapis.

Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin Rakyat dan Negara Malaysia, meminta maaf, dan saya sebagai Rakyat Malaysia, atas kemanusiaan memaafkannya di atas banyak juga kesalahan yang telah dilakukannya sejak berjawatan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Rakyat Malaysia, atas kemanusiaan saya pula meminta maaf di atas kesalahan yang telah saya lakukan terhadap Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin, khususnya, Perdana Menteri Malaysia.

Namun, atas politik saya menyeru supaya Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatan berkenaan, demi Rakyat dan Negara Malaysia.

Sepatutnya 9 Mac, 2008. Namun, sudahpun berlanjutan sehingga kini, maka saya nantikan pengumuman perletakan semua jawatan ini pada atau sebelum 9 Oktober, 2008.

Kenapa kah begitu?

Ini adalah kerana, tidak banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi, sebagaimana sepatutnya, sama ada dalam parti, gabungan, kerajaan demi manfaat Rakyat dan Negara Malaysia.

Sedangkan keburukan demi keburukan dilakukan Abdullah Ahmad Badawi selagi dia kekal di semua jawatan berkenaan yang disandangnya.

Ditambah pula, setiap hari, Abdullah Ahmad Badawi masih duduk di semua kerusi kepemimpinannya, maka selagi itulah, dia menjadi penghalang kepada pemimpin dan pasukan lain yang lebih berwibawa untuk menerajui negara dan berkhidmat kepada Rakyat Malaysia, supaya tercapai keharmonian dan kesejahteraan.

Dengan demikian, bila sah Abdullah Ahmad Badawi meletak semua jawatannya maka ini adalah amat baik kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Lanjutan dari bab meminta dan memberi kemaafan di antara kita, pemimpin dan pengikut, ialah beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapannya itu.

Rakyat Malaysia yang berhadapan dengan isu serta masalah, semoleknya berada dalam keadaan tenang dan sabar, supaya tindakan yang diambil seterusnya ialah rasional dan matang. Emosi yang terkawal, tidak menjadikan sesiapa bertindak secara berlebihan yang mengakibatkan penyesalan kemudiannya.

Tetapi, sejak 8 Mac, 2008, kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, telah memberi tekanan demi tekanan ke atas kehidupan kami, dengan saban hari semakin dia meletakkan bebanan yang bertingkat-tingkat ke atas kami Rakyat Malaysia.

Sebab itulah desakan kami sampaikan melalui pelbagai saluran, kerana merasakan sudah tidak tertahan lagi. Namun sebagai pengikut kami masih mahu menghulurkan rasa hormat kepadanya, maka penghuluran ini hendaklah disambut dengan kefahaman oleh Abdullah Ahmad Badawi sendiri sebagai pemimpin.

Dipetik di sini secebis kecil daripada luahan besar kami Rakyat Malaysia. Semoga Abdullah Ahmad Badawi faham:

Undurlah Pak lah, kurang dosa kami
Dilulus terbit pada Sunday, September 28 @ 16:45:00 MYT oleh SongkokPutih
Komentar Oleh nengonneng

" ramadan al mubarak kian melabuhkan tirai nya .Hanya beberapa hari lagi takbir syawal akan bergema...meninggalkan ramadhan yang penuh rahmat dan penuh keberkatan..bulan penuh kerahmatan,keampunan yang dijanjikan allah swt .

Alangkah sedih dan pilu nya kita bulan ramadhan yang akan meninggalkan kita ini dipenuhi umpat ,keji dan seranah semau nya. Perkataan kesat,hina ,dina dan fitnah...

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16741&mode=thread&order=0&thold=0

Sesiapapun tahu betapa perpaduan yang Abdullah Ahmad Badawi sebutkan dalam ucapannya itu penting. Namun, kita telah menyaksikan dia sudah hilang kawalan, dalam menangani isu berkaitan. Sedikit hal yang begitu mudah telah menjadi rumit, dan yang kecil telah mensemarak bahang panas di negara ini.

Perihal menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak, dan tinggi, juga serta-merta, oleh Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pemimpin, sejak Jun, 2008, sedangkan menurunkannya sedikit, berdikit-dikit, dan lambat, telah mendatangkan mudharat yang begitu besar dan banyak kepada Rakyat Malaysia.


setakat berharap sahaja tidak akan berkesan, Abdullah Ahmad Badawi masih belum dapat memanfaatkan kuasa kepemimpinannya, dalam menurunkan rentetan harga lain-lain bahan, barang, dan perkhidmatan di Malaysia. Jika sekadar berkata, "apa yang boleh kita buat", pelajar sekolah pun boleh berkata sedemikian itu.

Hal ini berkait rapat juga dengan perihal yang sama, melalui kenyataan isteri Perdana Menteri, Jeanne Abdullah, yang meminta Rakyat Malaysia sebagai masyarakat pengasih menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Diyakini, kehidupan sebelum dan selepas menjadi isteri Perdana Menteri, bagi Jeanne Abdullah, tentulah banyak membawa perubahan dari kesenangan kepada kemewahan.

Namun, Abdullah Ahmad Badawi, dan juga isterinya, Jeanne Abdullah, sememangnya mudah berkata dan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tetapi, barangkali mereka berdua tidak menyedari, betapa akibat dari kepemimpinannya, betapa ramai rakan kami yang tahun sebelumnya adalah mereka yang menyambut pemintaan Jeanne Abdullah ini. Tetapi ditahun ini, mereka telah tergolong dalam senarai yang kurang bernasib baik.

Mana kan tidak? Ketika mana di Malaysia, harga meningkat, perbelanjaan pun meningkat, simpanan dikeluarkan lesap, hutang dimulakan semakin menimbun, dan kuasa membeli mengecut pula, pendapatan menyusut, lalu perniagaan terjejas.

Di Syawal ini, sedarlah Allah telah berikan nikmat yang banyak kepada Abdullah Ahmad Badawi, isteri, anak-anak, dan keluarga.

Sudah sudah lah, berpadan padan lah. Cukup cukup lah itu.

Maka Abdullah Ahmad Badawi, umumkanlah perletakan semua jawatan, supaya Rakyat dan Negara Malaysia dapat bebas merdeka kembali dari kelemahannya sebagai pemimpin.

Rujukan:

http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/29/pak-lah-national-economy-political-stability-he-no-peduly-until-pisang-cekodok-jady/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/pak-lah-mohon-maaf-saya-maafkan-tapi.html
"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
  • Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
  • Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM
  • Fahami Betul-betul Pak Lah Kata Pelan Peralihan Ertinya Peralihan Yang Perlahan
  • Indeks Persepsi Korupsi - Bolehkah Dikatakan Tak Apa Lah Apa Depa Nak Kata
  • Macam Mana Nak Faham Peleknya Naik Turun Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia
  • 0 comments: