Gelombang Rakyat

2 Juta Pengundi Baru BN Tetap Akan Menang Besar..!

mStar OnLine melaporkan:

Berita »
Parti politik sudah mula rasai impak 2 juta pemilih baru

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dalam usaha menarik golongan pengundi muda termasuk dua juta pengundi baru menjelang pilihan raya ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tambahan sejumlah bakal pemilih itu akan memberi kesan besar ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13.


Joe: Baik Lah. Jika begitu, biar aku pulak tulis!

Ini dia!!!

...

Barisan Nasional tidak perlu risau akan pencapaiannya di PRU 13. Besar kemungkinan kali ini Barisan Nasional akan menang besar.

Dari sekarang ke tarikh PRU 13, masih terlalu lalu amat lama lagi. Buat masa ini jentera pilihanraya Barisan Nasional boleh tidor dulu, hidup senang lenang, dan bila tiba masanya baru lah post-mortem PRU 12, dan susun strategi untuk PRU 13. Selepas susun, rehat dan relaks dulu. Tidor pun tidak mengapa. 2 Juta Pengundi baru ini bukannya tahu apa sangat mengenai politik. Mereka semua akan pangkah Barisan Nasional juga.

Lagi pun mereka tidak ada pilihan lain. Barisan Nasional Lah pilihan mereka semua.

Jika kita perhatikan parti seperti UMNO dan MIC, masing-masing mempunyai ramai pemimpin tua bangka yang dihormati para pengundi muda. Ada juga yang walau pun tua, tetapi masih berhati muda. Jadi apa yang perlu dirisaukan?

Penting sekali ialah, sejak PRU 12 terlalu banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Nampaknya tiada Lah nampak parti atau gabungan lain yang boleh mempertikaikan bahawa Rakyat Malaysia telahpun mengecap nikmat yang terlalu banyak dari Barisan Nasional.

Rakyat Malaysia semua cukup makan. Tiada yang perlu contohnya meragut atau melacur untuk beri ahli keluarga makan.

Tambahan lagi jenayah rendah dan terkawal. Sejak kebelakangan ini tiada jenayah yang dilaporkan berlaku.

Semua petanda menunjukkan Barisan Nasional akan memang paling besar di PRU 13.

Bos: Joe, masuk bilik saya sekejap!

Joe: Sekejap Bos, saya nak siapkan berita ini, sikit saja lagi.

Bos: Ini pasal berita awak sedang taip Lah, saya nak tanya.

Joe: Orait Bos, I am coming...

Bos: Apa yang awak taip nii Joe?

Joe: Berita untuk muka depan Bos.

Bos: Awak nii, tulis fakta ke fantasi?

Joe: Fantasi Bos, rekaan saya semata-mata. Baru Lah fantastik kan Bos?

...

Kuang! Kaa!! Rangan!!!

4 comments:

. said...

Bro, terlalu banyak elemen dalam blog ni. Idea bagus, kritikal. Cuma kadang2 tak dapat tumpukan kepada artikel utama. Redesign perhaps?

Husin Lempoyang said...

gud point!

Gelombang Rakyat said...

Thanks NOBISHA,

I will soon...

Gelombang Rakyat said...

Thank you Husin Lempoyang,

The point shall be better next...