Gelombang Rakyat

2 Juta Pengundi Baru PRU 13 Mampukah Atok & Nenek Tua Bangka BN Tawan Mereka?

Barisan Nasional masih belum membuat post-mortem menyeluruh hasil PRU 12. Sedangkan PRU 13 semakin hampir. Selepas PRU 12 terdapat banyak keputusan yang mendera dan membebankan Rakyat, dari kalangan pemimpin tua bangka yang saling bercakaran di antara satu sama lain merebut kerusi disertai helah muslihat pelan peralihan kuasa, yang semacam mahu memimpin parti sehingga 2100. Ada pula yang diselaputi skandal dan imej yang buruk masih kekal berkuasa. Ada juga yang berlagak supaya dibenci ramai.

Akan terdapat 2 Juta para pengundi baru yang genap usia layak mendaftar sebagai pengundi. Mampukah para pemimpin Barisan Nasional menawan jumlah ini?

Setakat ini, jelas bahawa Barisan Nasional sedang menampah kekalahan teruk dalam PRU 13.

Nikmat paling besar untuk Rakyat Malaysia ialah semua pemimpin Barisan Nasional yang sedia ada tumbang di kawasan Parliamen dan DUN sendiri.

Belum nampak ada pemimpin Barisan Nasional yang mencecah kewibaaan para pemimpin muda Pakatan Rakyat yang kian mendapat sanjungan.

Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com
Husam Musa
harakahdaily.net
Lim Guan Eng
www.dapmalaysia.org
Saifuddin Nasution
www.malaysiakini.com
Usaha sedang digembeling ke arah mengekalkan undi 8.7 Juta pengundi, dan tambahan 2 Juta pengundi baru, apabila para pemimpin Pakatan Rakyat terus menerus berkongsi nikmat dalam satu perjuangan yang prihatin Rakyat Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

kita berharap dan percaya 2 juta pengundi baru ini lah yang akan mencorak satu senario baru politik malaysia pada PRU 13 nanti.

Anonymous said...

and by the way..dengan input-input dan siaran-siaran yang menarik,blog anda adalah satu blog tidak harus tidak di-lawati(bukan nak jek,bukan nak mum tau ka..?!)

Gelombang Rakyat said...

CucuPakKasim

2 Juta jumlah yang signifikan. Secara individu, kumpulan dan kolektif, 2 Juta Pengundi baru ini, jelas akan mencorakkan pembaharuan senario politik sedia ada. Seterusnya PRU 13.

Langkah pertama yang memudahkan mereka mendaftar, dan permulaan untuk kenali mereka.

Terima kasih di atas perkongsian semangat.

Sama-sama kita lakukan untuk mereka apa yang terbaik untuk Rakyat dan Negara Malaysia.