Gelombang Rakyat

Aiman Tak Kisah Kalau Simpanan Bank Negara Merosot Sampai USD 100 Billion Pun..!

Negara Malaysia Bank
www.streetdirectory.com

Aiman sempat baca pos di Blog KerabuBersuara:

November 12, 2008

Simpanan Bank Negara Merosot Lagi USD7.4 Billion

Malaysia’s international reserve position shows a further US$7.4 billion decline to US$100.2 billion as at Oct 31, according to latest figures released by Bank Negara.

The amount, said the central bank, was “enough to finance 8.1 months of retained imports and is 3.7 times the short-term external debt position”.

For the whole of October, the central bank’s reserves fell by US$9.5 billion compared with US$12.8 billion the previous month. In fact, Malaysia’s reserves have fallen by US$25.5 billion since it peaked at US$125.7 billion in June this year. The sharp falls illustrate the growing risk-aversion of foreign investors as they flee emerging markets before the fallout from the global financial turmoil begins to seriously affect countries like Malaysia. It also mirrors the central bank’s bid to maintain the stability of the ringgit.

Sambungan kat sini:

http://kerabubersuara.blogspot.com/

Lepas baca Aiman rasa Aiman Tak Kisah. Simpanan Bank Negara nak merosot lagi USD 7.4 Billion ke, atau merosot USD 100 Billion ke, atau berapa berapa Lah, Aiman Tak Kisah.

Lagi pun orang Bank Negara relaks sahaja. Tak ada pengumuman apa pun. Maknanya okay ler tu.

Walaupun bagaimana, Aiman tetap yakin pada Pak Lah. Dia kata kewangan negara kita kukuh. Uncle Najib kata negara kita tidak akan terjejas oleh krisis kewangan global. Lagi, ada sorang Uncle, Aiman tak tahu sangat nama dia, tapi kementerian yang sama dengan Uncle Najib jugak, dia pun kata, kewangan kita stabil.

Sebenarnya duit negara kita banyak. Jika kita tengok penjimatan sposen, sejak 5 Jun 2008, hasil daripada kenaikan harga petrol dan diesel, suruh Uncle yang selalu keluar TV pasal harga barang tuu kira, haa, berapa banyak sposen negara kita ada. Banyak tuu.

Aiman rasa, duit negara kita punya Lah banyak, cukup untuk 100 generasi akan datang. Sebab Rakyat Malaysia yang prihatin tidak kacau duit subsidi minyak.

Jadi Aiman Tak Kisah, jikalau simpanan Bank Negara merosot sampai USD 100 Billion pun.

Tak ngapa. Merosot Lah lagi pun...

6 comments:

Anonymous said...

Nak lagi banyak duit tu, tukar jadi duit siling. Penuh satu padang bola ooo !

Gelombang Rakyat said...

Saya setuju.

Sepatutnya Bank Negara simpanannya semua dalam duit syiling sposen.

Anonymous said...

kadang2 kita menjadi terlalu emotional mengenai federal reserved ni melebihi org lain. Malahan kebanyakan pakar ekonomi dari amarika tidak pernah khuatir mengenai perkataan reserved berkenaan seumpama menteri kewangan kita yg baru itu la jugak.

apa nak herankan, semua adik beradik beliau sudah memenopoli semua bank dalam negara ini jadi apa yang aiman nak kesah kan?

secara mudah, perkiraan kekukuhan atau fundamental ekonomi sesebuah negara terutama negara maju seperti amarika bukanlah berdasarkan federal reservednya. sebab itu, amarika menjadi negara yg tidak pernah ada reserved pun, malahan wang US tu tidak mempunyai perbandingan nilai muka dg nilai reserved.

isk..isk..kut saya teruskan lagi korang fahamke ni?

almaklumlah, kerajaan kita juga sekarang sedang mengandaikan malaysia sebuah negara maju dan setaraf dg amerika, sbb tu para pemimpin tidak pernah gusar dg berkurangnya reserved berkenaan sbb it means nothing.

kununnya, kita tidak akan terjejas dg kemelesetan ekonomi dunia sbb kita mempunyai fundamental yg kukuh.

ceewaah, sedapnya mulut. Entah reti ke tidak diorang ni hal ehwal ekonomi ni.

jadi sbb diorang rasa diorang terer jadi rakyat jelata ni semua kacang hantu dan tak ada otak, sebab itu asyik melolong tanpa asas dan berhujung pangkal.

aiman memang tak kesah, sebab aiman dah bawak semua reserved aiman ke luar negara Lah...

Gelombang Rakyat said...

Alahai, Aiman tuu apa pun dia tak kisah, kalau Pak Lah kesayangannya...

Kita yang patut kisah, terima kasih di atas info di atas.

Anonymous said...

Salam Ziarah Blog,Blog yang bagus

Gelombang Rakyat said...

Sentosa di atas bukit, Semoga PAS terus berbakti kepada Rakyat Malaysia