Anwar & PR - Kemenangan Obama Perlu Jadi Suntikan Semangat Perubahan Total Demi Rakyat & Negara Malaysia
Kita letih dengan kelembapan di zaman Abdullah Ahmad Badawi. Jika Mohd Najib Abdul Razak yang beiya-iya mahu meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, alamatnya itu-itu Lah juga jadinya di Malaysia.
Apa yang Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak serta para pemimpin Barisan Nasional telah lakukan yang dikatakan memanfaatkan Rakyat Malaysia?
... I am also for Barack Obama. 481 x 600 - 56k - jpg www.sodahead.co |
Perubahan sedang berlaku di Amerika Syarikat. Presiden baru Ke-44, Barack Obama. Bukan kulitnya, tetapi perubahan yang dibawanya membangkitkan semangat hebat di kalangan Rakyatnya.
Diharapkan angin perubahan dari Amerika Syarikat menyentuh segenap kepemimpinan di dunia.
Begitu juga suntikan semangat perubahan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Nampaknya jika Rakyat Malaysia mengharapkan sedikit nikmat dari kepemimpinan di Malaysia, harapan masih kepada Anwar Ibrahim dan para pemimpin Parti KeADILan Rakyat, PAS, DAP, dalam Pakatan Rakyat.
Para pemimpin UMNO dari Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, sampailah kepada para pemimpin Barisan Nasional, tidak boleh diharapkan lagi. Semua dalam budaya yang sama.
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Kita tidak mahu Perdana Menteri UMNO.
Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat perlu bangkit, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya, demi kesejahteraan Rakyat Malaysia.
Apakah kami perlu menunggu selepas PRU 13 barulah dapat merasa nasik dari beras yang bukan hanya 20 sen turun harganya?
Penurunan harga petrol dan diesel pun tidak ada seorang dari para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang dapat menanganinya secara berkesan. Kalau setakat debat sampai berbuih mulut, pelajar Tingkatan 6 pun boleh. Tapi penyelesaiannya secara total, mana? Mana?
Bila tambang pengangkutan awam, bukan orang awam yang mereka utamakan, sebaliknya para pengusaha pengangkutan sahaja. Apa nii? Sudah tidak berhati perot ke. Apakah semua bebanan syarikat yang bakal kerugian di atas tindakan para pemimpin Barisan Nasional perlu dibebani atas seluruh Rakyat Malaysia yang semakin sengsara?
Naik puak-puak berikut ini selepas pemilihan pemimpin Perhimpunan Agung UMNO 28 Disember 2008 ini, siap lah kita. Berapa angka ratus juta yang disebut Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini yang telah dibelanjakan mereka yang nak menang melalui rasuah politik wang?
Nabil ke pernah berkata: Luu pikir lah sendiri...
Apa benda yang Value? KWSP itu duit simpanan siapa? Manfaat pinjaman itu untuk siapa pula?
Masa banjir boleh manfaatkan kah Eurocopter E725 Cougar nii?
Mana itu korridor? Dah letak batu asas, tiang pertama dah pacak kah?
Kejap buat kejap tangguh?
Keperluan asas Rakyat Malaysia Lah utamakan. Ini tidak!
Nak basmi kemiskinan kunun...bila? Tak mula-mula lagi kah?
Mereka tahukah berapa jumlah Rakyat Malaysia? RM 7 Billion, nak rangsang apa?
Mereka tiada berguna lagi. Mereka tidak boleh diharapkan lagi.
Jom! Bagi seluruh Rakyat Malaysia dan Zubli Zainordin juga dengar dan kecap nikmat, "Hari ini Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, esok harga minyak petrol dan diesel turun".
Rakyat Malaysia jaga lama dah, depa dok lena lagi:
Team Spirit …..
Mana Mat Sabu nii?
Suarakan - Turun! Turun-turun...
Suarakan - Ubah! Ubah-ubah...
Sumber Foto: http://kumbangpemalu-shybug.blogspot.com/