Kadar Pengakutan Awam - Mujur Ada DAP & Pemimpin Kerajaan BN Terus Tekan Rakyat
1 Comment
»
Cadangan kereta untuk Rakyat Malaysia...
Setelah kos penyelenggaraan tidak tertanggung lagi...
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Jika kita perhatikan para pemimpin DAP, dan Pakatan Rakyat mereka konsisten memihak kepada kesejahteraan Rakyat. Sejak dulu mereka sentiasa bersama dengan nadi Rakyat Malaysia.
Sedangkan para pemimpin kerajaan Barisan Nasional, seorang demi seorang asyik-asyik menekan Rakyat Malaysia dengan bebanan yang telah mengakibatkan berlakunya kesengsaraan yang berterusan.
Daripada harga minyak petrol dan diesel, harga beras, lain-lain bahan dan barangan, serta perkhidmatan. Terkini, harga pengangkutan awam.
Ternyata Abdullah Ahmad Badawi dan kabinet jemaah Menterinya sudah tidak berkesan lagi. Kolektif pun mereka tidak mampu berfikir bagaimana mensejahterakan Rakyat Malaysia. Apa yang difikirkan mereka ialah menyelamatkan para pengusaha. Dari para pengusaha stesyen minyak, dan kini para pengusaha pengangkutan awam pula.
Sedangkan asalnya masalah ini adalah kesilapan Abdullah Ahmad Badawi dan pasukan kepemimpinan Barisan Nasional yang telah gagal memahami isu kenaikan minyak dunia.
Kegagalan ini sedang membabitkan Mohd Najib Abdul Razak.
Seandainya harga satu per satu kesemuanya dinaikkan, akan adakah airmata Rakyat Malaysia menjelang PRU 13.
Semua ini adalah rantaian penempahan kekalahan teruk Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia tidak mudah lupa.
Mujurlah ada DAP yang mengasak mereka ini kerana memihak kepada kita.
Berkaitan:
Dari Blog Pahang Daily OnLine:
Kadar Surcaj Bas Ekspress Dan Henti-Henti Naik
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tambahan atau surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspress dan bas berhenti-henti tiada kaitan dengan harga minyak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.
...
Perkara itu timbul apabila Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mencelah dan meminta penjelasan daripada Noh yang sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berhubung kadar tambahan atau surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspress dan bas berhenti-henti yang sepatutnya tamat pada 15 Oktober lepas, yang sebaliknya kini diteruskan.
Sila baca lagi sambungan dan banyak yang menarik di sini:
http://pahangdaily.blogspot.com/
Begitu Lah, Barisan Nasional dengan janji manis mereka sebelum membentuk kerajaan. Setelah berkuasa, selamatlah diri mereka dan pihak yang berkepentingan.
Prihatin Rakyat Malaysia?
Tiada langsung!
Semakin bertambah para pemimpin yang tidak berhati perot bersama kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka ini Lah nanti yang dengan bangganya mengisytiharkan, "Saya sanggup ambil langkah tidak popular".
Sebenarnya akal mereka yang telah mereka sposenkan.
Ingat wajah mereka ini yang bakal terhegeh-hegeh datang dengan senyuman mahu menjabat tangan, menjelang PRU 13 kelak.
Dari 9 Mac sehingga 4 November 2008, Barisan Nasional dapat markah kosong dari aspek keprihatinan Rakyat Malaysia.
Beritahu saya satu kebaikan yang telah dilakukan sejak mereka menang bukan 2 per 3, selepas PRU 12...