Kod Etika Syor Syed Hamid Albar Untuk Blogger Oleh Blogger
Syed Hamid Albar www.daylife.com |
Jom sama-sama kita cuba try test uji tengok, boleh jadi amalan kita sepertimana amalan politik wang oleh beberapa pemimpin UMNO atau pun tidak.
01. Blogger hendaklah membetulkan niat, meluruskan maksud, menulis pos berdasarkan fakta, supaya adil, saksama dan seimbang, khususnya yang berkaitan dengan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, selaras dengan undang-undang negara dan antarabangsa, terutama ketetapan Ilahi.
02. Pujian dan atau kritikan hendaklah berpada-pada, terkecuali para pemimpin kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang sama ada membuat kenyataan yang palsu, mengelirukan, buat lawak jenaka, atau tidak memihak kepada kepentingan Rakyat Malaysia, maka kata-kata kesat, kasar dan seumpamanya boleh digunakan sepenuhnya.
Sila sambung sesiapa Blogger yang berminat...
Blogger hebat Tukang Sapu telah menyapu bersih 6 poin lagi melalui pos terbarunya:
KOD ETIKA PENULIS BLOG
Sila baca di sini:
http://penyapulidi.blogspot.com/2008/11/kod-etika-penulis-blog.html
Ada lagi, silakan...
Blogger akar umbi