Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Hormati Ketua Hati-hati Sampai Ke tua



Tok! Tuk! Tik! Tiiiiiieyk!

Alung: Masuk!

Alahai...siapa pulak ketuk pintu bilik siapa ni? Entah Lah, rasa macam kenal, tapi di mana ya? Ooo, ini bukan betul-betul ya? Lawak saja kan? Okay, jom! Kita sama-sama ikuti lawaknya.

Begini gamaknya...

...

Ayung: Sudi apa Lah kiranya I masuk, atau tunggu di luar dulu, atau datang kemudian, atau macam mana wahai Ketua?

Alung: Masuk jer Lah. Berdiri kat situ, tempat biasa.

Ayung: Terima kasih sepenuh hati. Besar tapak tangan, tiada nyiru pun tak kan penat saya berdiri kat situ.

Alung: Nii apa saya dengar kechoh-kechoh nii?

Ayung: Bukan kecoh, dak aiyh. Cuma, suara dari akar umbi, hendak bersuara, menyuarakan ketika boleh bersuara.

Alung: Jadi awak akan cabar saya bersara awal?

Ayung: Bukan begitu. Tak kan Lah saya begitu atau begini. Sebenarnya, jika pun demikian, maka,, begitu pun tidak begini pun tidak, maka mungkin beginu.

Alung: Awak kalau nak bertanding, cakap depan-depan. Tak usah cakap belakang-belakang. Jangan depan lain, belakang lain.

Ayung: Usah Lah risau, saya ini belakang sama dengan depan, dan depan sama dengan belakang, eh, dah tengok sepasang baju sedondon I beli untuk kita ke Perhimpunan Agung?

Alung: Kalau awak dah tak sabar sangat, cakap, saya nak dengar.

Ayung: Saya hormati keputusan kita dulu. Tetapi, bukan saya yang tak sabar, namun akar umbi yang entah di mana kesabarannya, maka mahu memperlihatkan saya macam tak sabar, tetapi saya sebenarnya sabar, tidak sama sabar akar umbi.

Alung: Baik Lah. turun dari kerusi itu, lap balik kasi bersih, pergi Lah buat kerja elok-elok dan tak usah nak mimpi berangan macam-macam. Kalau saya berkeras kekal sampai Jun 2100 macam mana?

...

Kuang! Gha!! Rang!!!

2 comments:

Tok Uban said...

tak reti-reti opah ni, orang dah bagi hint suruh turun tu, turun Lah....hai...susah orang tua umno ni...takut sangat orang panggil...veteran umno...kahkahkah

Gelombang Rakyat said...

Berpaut kuat pada kerusi itu ada makna tuu.

Opah...Opah woi!

Dengor ler Tok Uban nii komen!