Lawak Pemimpin - Kata Laluan Ditolak
http://www.free-animations.co.uk/
Chewah!
Orang ada blog, dia pun nak ada Blog. Nak menang PRU 13 Lah katakan, nak tawan hati 2 Juta Pengundi Baru.
Maka lawak Lah jadinya.
Entah Lah.
Begini gamaknya...
...
Pekerja: Jika Bos nak set-up Blog, Bos boleh dapat khidmat pakar.
Bos: Tak kuasa Lah. Nanti dapat liputan media malu Lah saya.
Pekerja: Apa nak dimalukan Bos. Perkara nak set-up Blog untuk menang PRU 13, tawan hati 2 Juta Pengundi baru bukan lagi suatu kemaluan Bos. Ini sudah jadi kemestian.
Bos: Tak usah Lah. Awak sahaja Lah yang tunjukkan pada saya...
Pekerja: Baik Lah, jom kita buat sama-sama...
Mereka pun sama-sama mulakan.
Pekerja: Cantik Bos! Sekarang Bos perlu satu *password*
Bos: PAS word itu apa? UMNO word boleh?
Pekerja: Bukan PAS word Bos. Tapi password. Apa satu perkataan yang Bos senang ingat. Taipkan dalam petak kechik ini.
Bos: Tak banyak perkataan yang saya mudah ingat.
Pekerja: Mesti ada satu perkataan yang Bos ingat secara senang dan mudah.
Bos: Apa tadi perkataan yang awak guna?
Pekerja: Malu?
Bos: Bukan...
Pekerja: Kemaluan?
Bos: Ya. Saya tambah *ku* dihujungnya boleh? Ya. Itu Lah perkataan yang saya mudah ingat.
Pekerja: Okay, boleh, Bos taipkan ke dalam petak kechik ini. Ini Bos guna tetikus nii.
Bos: Tikus! Nak cari kat mana?
Pekerja: Bukan tikus, ini...Tetikus namanya
Maka ditaipnya perkataan itu. Kemudian muncul di skrin komputer.
Kata Laluan Ditolak. Tidak Cukup Panjang.Terkejut dia, lalu bersuara lantang!
Bos: Macam mana komputer ini boleh tahu!!?"
Poom!!! Pengsan...
...
Kuang! Pen!! Tek!!!