Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Mana Ada Double Standard

Betul jugak, kerajaan Barisan Nasional mana Lah ada amalkan double standard.

Mungkin individu yang ada
double vision, berpaksikan busuk hati sahaja yang nampak akan pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang double standard.

Terutama individu yang asyik membangkang sahaja apa kerajaan Barisan Nasional buat tak betul. Tetapi bila ada Lah sekali atau kurang dari itu kerajaan Barisan Nasional buat betul, individu ini bangkang tidak sokong pun tidak. Dia buat diam sahaja. Ini tidak KeADILan, opps, adil kepada para pemimpin kerajaan Barisan Nasional.


Ini ada pulak desas-desus mengatakan Polis amalkan double standard. Kalau desus-desas, tidak Lah dikisahkan sangat. Tetapi ini desas-desus. Maka dirasakan perlu diperjelaskan dengan terang, supaya tiada gelap mahu pun kelam.

Maka lawak Lah jadinya.

Entah Lah.

Begini gamaknya...

...

Wartawan 1: Kenapa Polis amalkan double standard?

Menteri: Mana ada. Mana ada amalan double standard. Polis satu standard sahaja amalannya. Adil kepada setiap pihak. Tidak berpihak.

Wartawan 2: Jika begitu kenapa tangkap pihak yang kata NO To ISA, tapi tak tangkap pulak pihak yang kata YES To ISA.

Menteri: Pihak pertama ditangkap kerana mereka tidak ada permit. Pihak kedua tidak ditangkap kerana mereka ada permit.

Wartawan 3: Baik Lah. Jelas tak ada double standard. Tangkapan dan Tiada Tangkapan ada lah berasas.

Menteri: Haa, tahu pun.

Wartawan 4: Tetapi, kenapa permit tidak diberikan kepada pihak yang kata NO To ISA..?

Menteri: Jika pihak mereka mintak, tentu Lah permit diberikan. Tetapi, jika pihak mereka mintak, belum tentu permit diberikan. Kita perlu ambil kira sama ada pihak ini menjejas atau tidak menjejas keselamatan awam.

Wartawan 5: Siapa yang takrif sesuatu pihak itu menjejas atau tidak menjejas keselamatan awam?

Menteri: Polis.

...

Kuang! Permit-NO-cannot!! Get-one-daa!!!

Berkaitan:

Cops don't practise

double standards:

Syed Hamid

By MAZWIN NIK ANIS

PUTRAJAYA: The police did not practise double standards when they arrested several people, including PAS leaders during an anti-ISA gathering on Sunday night, but did so because it was held without a police permit, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said.

More here:

http://thestar.com.my/


0 comments: