Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Mogok Bogel

Tarikh muktamad dikatakan ialah pada 12 Disember 2008

Ahmad Khalid Ibrahim
ackwhy.blogspot.com

akan berhadapan

Skuad Berani Bogel

Di Khalayak Awam dan Majlis Rasmi yang dihadirinya.

Belum kedengaran pemimpin Barisan Nasional, terutama yang hadhari, menemplak cadangan ini.

Sementara itu dijangkakan ini suatu tarikan media dalam dan luar negara...

Mungkinkah artis ini juga?


"THE ARTIST" by billywarhol [?]
THE ARTIST
Banyak lagi di sini:
http://billiondollarbaloney.blogspot.com/

Memang, berani itu satu hal. Namun kelakuan begini ialah satu pendedahan kemaluan untuk memalukan seorang pemimpin.

Siapakah kelak yang malu?


Pada mulanya tidak kisah sangat cerita ini. Nampak macam gertak sahaja. Namun, kemungkinan itu ada, bila masyarakat Malaysia mula meniru aktiviti yang di luar norma dari lain-lain masyarakat di dunia.

Mogok Bogel ini dicetuskan oleh Ramlan Abu Bakar, yang kini mula dikenali ramai setelah pengumuman tersebut yang dilaporkan Akhbar Sinar Harian.

Berapa ramai dari Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mungkin beserta Presidennya, yang bakal mengambil bahagian setelah mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..?

Dikatakan mogok bogel ini sebagai jalan terakhir. Ertinya setelah lain-lain jalan tidak mencapai kesan yang dihajati.

Khabarnya, mendapatkan permit Polis akan diusahakan.

Dari Blog http://beritamalaysiakini.wordpress.com/

Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit

28/11/2008 5:30pm
SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan...


Maka lawaklah jadinya.

Entahlah.

Begini agaknya...

...

Senerio Satu

Pekerja I: Bos! Ini depa nak mintak permit nak mogok nii Bos...

Pekerja II: Luluskan Lah Bos. Ini menarik nii...

Ketua: Tak usah luluskan. Kalau depa nak berbogel, buat dalam bilik rumah. Tak payah permit pun.

Pekerja I: kalau depa degil, depa buat mogok juga macam mana Bos?

...

Senerio Dua

Suami: Ayang tengok nii. Mari sini berdiri depan cermin nii. Ya. Ini macam Lah kalau mogok nanti. Kita sepasang tak ada yang boleh tanding punya.

Isteri: Kalau semua yang ambil bahagian mogok macam kita baru bagus. Ini saya dengar M sama J, L sama P, dan beberapa pasangan lain yang gemok gedempol, yang dah berkedut pun nak ambik bahagian. Memalukan saja.

...

Senerio Tiga

Suami: Darling, you pun tahu I segan nak mogok nii. Tapi you beriya-iya sangat nak join.

Isteri: Mesti Lah. I buat senaman petua nenek sejak kecik. Bila dia orang nampak I dalam mogok itu nanti. Memuncaklah bisnes jamu nenek I.

Suami: Tapi, I malu, I punyia tidak sehebat lelaki lain...

...

Senerio Empat

Anak: Eh eh, mama ngan papa tak malu eh! Tak pakai...

Mama: Diam Lah! Orang nak mogok dia yang sibuk buat bising. Ready ke Ayang? Kita patut start dari rumah ke, nak tanggal saja kat sana nanti?

Papa: Kita start dari sini Lah. Apa nak malukan.

Anak: Dulu, mama kata, kalau saya tak pakai baju ngan seluar tak boleh ke luar rumah. Ini papa ngan mama pulak nak keluar rumah macam gitu. Eh tak malu eh!

...

Senerio Lima

Kawan I: Eh! Kawanku, saya nampak bapak ngan emak you mogok bogel baru-baru ini.

Kawan II: Awak nampak kat mana?

Kawan I: Kat You Tube. Ada ramai lagi. Bermacam saiz dan gaya mereka.

Pengsan!

Kawan I: Aik pengsan dah?

...

Senerio Enam

Isteri: Abang ceraikanlah saya. Saya nak kahwin dengan abang eL. Masa kat mogok hari itu, kami saling terpikat di antara satu sama lain.

Suami: Awak ingat awak seorang sahaja berperasaan begitu. Saya pun. Saya ngan Cik eN sudah saling jatuh hati. Kami berbisik dan berjanji akan berkahwin.

...

Senario Tujuh

Ketua: Baik Lah. Persatuan kita akan buat mogok macam mogok bogel baru-baru ini.

Setiausaha: Apa syaratnya?

Ketua: Usia 15 - 20. Lelaki atau Perempuan. Ukuran Badan dan saiz ikut dua keping gambar ini. Edarkan ke semua sekolah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Sebab kita akan adakan acara ini setiap minggu di semua kompeks beli-belah di seluruh negara.

...

Benarkah di negara lain pernah ada mogok bogel begini?

Sila lihat pos dan gambar di sini:

http://wajahwajah.com/

Adeh!

Malaysia, apa nak jadi Rakyat kita???

6 comments:

Anonymous said...

okey..!! kalau sdr ramlan abu bakar boleh buat,aku bayar sewa untuk dia selama 1 bulan punya..call dollah yankee @ 012-4036165.

Gelombang Rakyat said...

Wow!

Ini cabaran baik untuk Ramlan Abu Bakar...

Kita saksikan bersama, sahut dak dia.

Tok Uban said...

Sdr. Zubli,

Cuba sdr melawat kerumah PPRT(Projek Perumahan Rakyat TERMISKIN) tu, ambil gambar dan bubuh dalam blog saudara...tentu ramai yang terperanjat...perhiasan dalam rumah mengalahkan kondomium mewah...tak caya?...tengok kat parking lot...bermacam-macam jenis kereta ada..
Lagi satu cuba buat bancian...berapa ramai tuan punya nama yang tinggal kat situ? Masa zaman BN dulu, puak-puak BN ni yang pakat bubuh nama suku sakat mereka, konon-kononnya setinggan, dapat rumah sewa kat orang indon..tak caya..pergi siasat...

Gelombang Rakyat said...

Tok Uban,

begitu ke al kisahnya. Hal yang tersebut pernah berlaku di Kampung Tengah Bukit Belachan, yang bertukar nama Kampung Datuk Mubti Lembah Jaya.

Dema nii tak habis-habis.

Anonymous said...

terima kasih kerana refer blog wajahwajah sebagai sources. mogok bogel ni memang mengarut dan tak pernah terfikir dek orang melayu dan semestinya islam.

semestinya kami akan turut serta pada 12 disember dengan lastik ditangan. kita tengok sapa berani tanggal seluar dulu :)

Gelombang Rakyat said...

Sama-sama.

Saya mula faham.

Saya pun akan bawa lastik juga dengan biji sryemmental, yakni yang paling gatal, sekali kena 100 hari menggaru.

Hahahaha...