Lawak Pemimpin - "Pak Lah Has His Ear On The Ground"
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Ramai kata Abdullah Ahmad Badawi tidak mendengar suara akar umbi. Perlu Muhyiddin Yassin, Rafidah Aziz, Hishammuddin Hussein, Shafie Afdal umpamanya menyampaikan maklumbalas.
Kalau Abdullah Ahmad Badawi mendengar pun, tapi kemudiannya dia tidak peduli.
Namun dalam pada itu dilaporkan bahawa pemimpin yang menyokong Abdullah Ahmad Badawi tidak berbelah bahagi, dalam menyatakan sokongan, mengatakan bahawa, "Pak Lah Has His Ear On The Ground".
Diharapkan Abdullah Ahmad Badawi tidak berbuat begitu. Bahaya itu sayang oii.
Kenapa plak?
Entah Lah...
Begini gamaknya...
...
Pernah terjadi dalam satu masyarakat, kehebatannya ialah mengesan jejak di hutan. Ambil Lah contoh seorang daripadanya, bermacam petanda dilihatnya dan diketahui apa yang telah berlaku.
Contohnya, dari setangkai daun terkulai, dia berkata, di sini 30 minit yang berlalu, telah lalu seekor gajah liar.
Begitu.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari kelihatan dia terbaring di atas jalan dengan sebelah telinga rapat ke tanah.
Dua orang pemimpin yang hampir dekat situ, seorang pun berkata:
Pemimpin 1: Awak tengok orang itu, He has his ear on the ground...
Pemimpin 2: Maksudnya?
Pemimpin 1: Perhati dan dengar...
Orang itu: Tadi, telah lalu di sini satu kereta lembu, seekor lembu putih bertompok hitam, dan seekor lagi kuning kunyit tiada tompok. Membawa seorang lelaki bersarban hitam, seorang wanita lengkap berpakaian berwarna hijau, dan dua orang anak lelaki mereka yang telanjang.
Pemimpin 1: Hebat tak dia, dia boleh tahu hanya dengan has his ear on the ground.
Pemimpin 2: (Kagum!) Tuan, macam mana boleh tahu detail begitu?
Orang itu: Saya letak telinga ke tanah di atas jalan ini. Saya terlena. Kemudian, kereta lembu itu tadi roda sebelah kanannya melanggar tengkok saya. Saya toleh dan nampak semua yang saya beritahu tadi...
...
Kuang! Maa!! Lang!!!