Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Susah Nak Nampak

Picture Source: Randy Newman


Khabarnya akan ada rombakan kabinet tak lama lagi. Bukan kabinet di dapur yang manyak lipas itu, tetapi kabinet jemaah menteri yang jika tidak kena gayanya boleh jadi macam kabinet yang manyak lipas itu.


Tidak Lah diketahui sama ada tergamak seorang pemimpin utama yang bangang mensenaraikan sebarisan pemimpin yang lebih bangang supaya dia kelihatan hebat walaupun bangang.

Sebab itu Lah, dengan senarai yang ada, mereka semua tak ubah macam Pak Lawak sahaja dalam satu komedi politik yang seharian menjadi bahan ketawa Rakyat Malaysia yang derita dek harga barang masih tinggi.

Maka jadi Lah lawak nya.

Entah Lah.

Begini gamaknya...

...

Bos: Siap!

Isteri: Kanda beri Lah dinda tengok senarainya.

Bos: Tak boleh. Ini kanda sorang sahaja yang boleh tengok.

Isteri: Bukan kah dinda ini isteri.

Bos: Tak boleh. Isteri pun tak boleh tengok, sebelum kanda umumkan secara rasmi.

Isteri: Dinda kan seorang Rakyat jugak, yang berhak tahu.

Bos: Betul. Tapi tunggu Lah bersama Rakyat bila kanda muncul di kaca TV kelak.

Isteri: Baik Lah kalau gitu, nak tahu satu saja. Datuk Pen Jon masuk senarai tak kali ini?

Bos: Tidak.

Isteri: Kenapa pulak?

Bos: Sebab dia susah nak nampak. Itu dia sendiri mengaku. Macam mana nak masuk senarai.

Isteri: Teknologi perubatan sudah canggih kanda. Dia boleh sampai pergi pusat rawatan di merata dunia, jika dia susah nak nampak. Periksa Lah mata, mata spec atau contact lenses.

Bos: Masaelahnya bukan mata dia!

Isteri: Habis itu, apa masalahnya?

Bos: Baru-baru ini kanda berbual dengannya, ini ceritanya:

Masalah saya ini sejak di bangku sekolah lagi.
Dalam bilik
darjah, saya tak nampak
papan hitam.
Kenapa?
Sebab
kepala murid kat depan saya blocking!
...

Kuang! Pen!! Tek!!!

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Let's wait and see, siapa antara yang bangang-bangang ini, di pilih oleh maha bangang untuk menganggotai kabinet yang bangang. Jangan ada antara yang bangang ini tercengang dan bengang sudah lah.

Gelombang Rakyat said...

Kita sudah boleh jangka siapa mereka.

Pun begitu, sama-sama Lah kita saksikan tidak berapa lama lagi.

Memang barisannya tidak boleh kita harapkan.

Tunggu kabinet PR saja Lah.