Gelombang Rakyat

Mesej Kepada Pemimpin UMNO - Ahli Tolak 2 Peralihan Kuasa..!

UMNO
malaysia-hariini.com

Terdapat 2 pemimpin UMNO yang mengelirukan. Mereka mengelirukan ahli UMNO dan jugak Rakyat Malaysia. Mereka sendiri keliru dan mengelirukan dengan helah muslihat yang dinamakan peralihan kuasa.

Jika dahulu ahli UMNO masih lagi boleh berkias. Namun kiasan begini adalah bahasa yang tidak difahami kedua-dua pemimpin utama UMNO. Kelak, mana-mana pemimpin yang tidak memanfaatkan ahli, parti dan negara, mereka bubuh "penendang" sahaja. Sementelahan mereka sudah ada pengalaman baling kerusi, bertumbuk dan menggunakan bahasa kesat.

Ada yang memimpin selama 5 penggal tak puas lagi? Nak kekal sampai kena penggal oleh ahli? Nak terus berkuasa sehingga Pemuda dan Puteri berusia atok dan nenek?

Era ahli menangis ketika pemimpin mahu bersara telah berlalu. Kita akan saksikan pemimpin pula menangis kerana pemimpin tidak mahu bersara.

Seorang telahpun diberikan "standing ovation" awal, kerana seronoknya mereka pemimpin yang tidak berguna langsung kepada mereka mengumumkan akan bersara pada tarikh tertentu. Macamlah kerusi itu miliknya Sdn Bhd. Ahli yang tidak tahan lagi mula menekan bersama tekanan bukan ahli yang mahupun pemimpin begini bersara sejak 9 Mac 2008.

Pemimpin UMNO yang sepatutnya menyusun barisan pemimpin berpotensi, pemimpin pelapis, supaya kesinambungan UMNO terus mantap dan relevan. Namun sifat tamak menyebabkan mereka sahaja yang berpotensi, lalu mahu terus kekal menerajui di kerusi paling enak yang didudukinya.

Apa yang disusun ialah tempoh berkuasa untuk dirinya yang lama. Siapa mahu naik, ada pihak yang mencantas.

Sebab itulah kita perhatikan pemimpin begini tidak lagi ada dalam majlis bersama ahli biasa. Mereka datang seketika jumpa wakil dan beredar. Mereka takut sebenarnya sekiranya kena "boo" oleh ahli yang sudah lama mereka perbodohkan.

Semua ini akan terus berlaku kepada semua bakal pemimpin UMNO sebelum ahlinya menemui pemimpin sebenar yang mengutamakan ahli demi parti, gabungan, kerajaan dan terutama Rakyat Malaysia.

0 comments: