Gelombang Rakyat

Najib Lah - Aku Kata Gulung Hang Pii Suntik Buat Apa?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Mungkin Ada Yang Berkata
Ada Orang Mula Melanyak
Mohd Najib Abdul Razak
Sebenarnya
Mohd Najib Abdul Razak
Mula Melanyak Dirinya Sendiri



Mungkin ada yang lagi bertanya kenapa Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak bertukar-tukar portfolio dan kementerian beberapa waktu dahulu.

Ada kelemahan Abdullah Ahmad Badawi, ramai mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi Abdullah Ahmad Badawi tahu ada kelemahan Mohd Najib Abdul Razak, ramai mengkritik Abdullah Ahmad Badawi.

Masih kah kau ingat?

PRU 12. Abdullah Ahmad Badawi kena kritik teruk. Mohd Najib Abdul Razak terlepas.

Tak apa.

Nah! Ambik engkau. Pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh.

Konfiden mula hilang ke atas kepemimpinan Mohd Najib Abdul Razak, seiring hilang konfiden ke atas kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Dirasakan jika Abdullah Ahmad Badawi terus kekal menerajui Barisan Nasional, kekalahan teruk dijangkakan dalam PRU 13. Namun kekalahan sama teruk akan dialami Barisan Nasional jika pun diterajui Mohd Najib Abdul Razak.

Setelah 8 Mac 2008, sehingga kini, para pemimpin Pakatan Rakyat terus kredibel, dan konsisten memihak kepada Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Jika dilihat senarai calon yang menawarkan diri dalam pemilihan UMNO, kita sudah boleh menjangkakan barisan bagaimana yang bakal bersama Mohd Najib Abdul Razak menerajui negara.

Jika benar, apa yang ditunggu lagi, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, berani bertindak, berapakah di antara mereka yang dikekalkan untuk bertanding Disember 2008 ini.

Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi mendapat pujian dari kalangan pemimpin yang berkepentingan sahaja. Tetapi ramai yang mengkritiknya. Pembangkang pun seronok sebab banyak poin kelemahan yang boleh ditedas di Parlimen.

Dalam mengkaji dan menunggu, bertukar pulak portfolio dan kementerian di antara dua pemimpin ini.

Masih kah kau ingat?

Pelan peralihan kuasa akan dilaksanakan tertakluk kepada performance Mohd Najib Abdul Razak dalam membahui kewangan negara.

Mujur Lah ada Menteri Kewangan I dan Menteri Kewangan II, teruk jadinya Bajet 2009. Jika ada Menteri Kewangan III dan Menteri Kewangan IV, entah Lah apa nak jadi kewangan negara kita.

Abdullah Ahmad Badawi dikritik hebat. Jika kekal pun sebagai Menteri Kewangan I, di Parlimen pasti berpeluh punya. Prinsip asas diketahui ramai, dan pandangan menyeluruh telah menjadikan kementerian ini kerdil penuh kelemahan.

Itu Lah yang menariknya bila pertukaran portfolio berlaku dan kini Mohd Najib Abdul Razak menjadi Menteri Kewangan I.

Abdullah Ahmad Badawi tahu, bahawa Mohd Najib Abdul Razak pun bukan tahu sangat hal-ehwal kewangan negara ini. Kita pun tahu bukan mereka berdua, ya siapa sebenarnya Menteri Kewangan Malaysia.

Tambatan Ringgit, kata Mahathir Mohamad dan beberapa pakar. Selepas taklimat Mohd Najib Abdul Razak kata tidak kepada Tambatan Ringgit.

Perlu disahkan fakta ini, namun di Blog Jed Yoong, ada disebut kerugian RM42.4 Billion untuk mempertahankan Ringgit Malaysia.

Kita pun tahu Anwar Ibrahim pun bukan tahu sangat perihal kewangan negara ini. Namun dia ada track record sebagai mantan Menteri Kewangan dulu. Setakat nak jentik kewibawaan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak aspek kewangan negara ini, bagi Anwar Ibrahim adalah mudah.

Lebih-lebih lagi jika niat mereka tidak memihak kepada kecapan nikmat oleh Rakyat Malaysia. Jika kuasa yang ada lebih subtle ialah membuka peluang kepada kita pun tahu siapa. Maka tidak perlu 10 tahun untuk memahami kemampuan Mohd Najib Abdul Razak dalam hal-ehwal kewangan negara. 2 bulan ini sahaja, kita sudah tahu performance nya dan kita boleh menjangkakan apa yang bakal terjadi bila Mohd Najib Abdul Razak menerajui negara kelak.

Jika Abdullah Ahmad Badawi bertanya:

Hang kata aku tak baguih sebagai pemimpin dan dari segi kepemimpinan dan mahu aku bersara awal?

Ya!

Hang pa pii tengok nuu...aku kata gulung, hang pii suntik buat apa?

Rakyat Malaysia, apa macam?



Berkaitan:

Bukan Belanda, dia kata Blunder!

Dari Blog Khalid Samad:
Khalid Samad
I am currently the Selangor PAS Deputy Commissioner (II), YDP PAS of Shah Alam and the MP for Shah Alam. I am married and blessed with two sons, two daughters and at the moment, five grandchildren.
VIEW MY COMPLETE PROFILE

.

Thursday, November 6, 2008

What a Blunder!

The 4th of November saw Najib responding to all the issues raised with regards to the 2009 Financial Budget.

Sambungan dan banyak lagi pos menarik di sini:

http://www.khalidsamad.com/

0 comments: