Gelombang Rakyat

Pandangan Mahathir Terhadap Kepemimpinan Najib

Bila berhadapan dengan sesuatu isu, kelihatan Mohd Najib Abdul Razak tidak mengemukakan pandangan untuk mengatasinya dengan berkesan.

Inilah kesilapan Abdullah Ahmad Badawi sejak dahulu mula menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebab itu kita mahukan perubahan bermula dengan perubahan kepemimpinan dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak.

Semakin hari semakin kelihatan Mohd Najib Abdul Razak pun sama tidak mampu. Tiada kelihatan kualiti kepemimpinannya untuk menduduki kerusi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia.

Tiada perubahan dan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi akan diteruskan oleh Mohd Najib Abdul Razak.

Mohd Najib Abdul Razak meletakkan dirinya supaya dia sekaligus ditolak bersama Abdullah Ahmad Badawi.

BERNAMA melaporkan pandangan Mahathir Mohamad, mengenai Mohd Najib Abdul Razak sebagai bakal pemimpin utama negara:

22 November, 2008 20:01 PM

Gejala Rasuah Sukar Dibendung Walaupun Najib Jadi PM, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Gejala rasuah dan politik wang dalam Umno tetap sukar dibendung meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno Mac depan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.

Sambungan di sini:

http://www.bernama.com.my/

Demi Rakyat dan Negara Malaysia, perlu ada usaha yang menyeluruh dan bersepadu untuk menolak Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak daripada menduduki kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Khususnya permulaan mendidik 2 Juta Pengundi baru, akan siapakah pemimpin sebenar untuk kemajuan Rakyat dan kemakmoran negara.

0 comments: