Pelan Peralihan - Memahami Helahnya
Pelan Peralihan ialah suatu helah. Daripada beberapa jenis pelan peralihan, yang kita hadapi selepas PRU 12 ialah jenis yang amat halus helahnya.
2 pelan peralihan yang ketara ialah:
Abdullah dan Najib tunkuaisha.blogspot.com |
dan
Rafidah Shahrizat kubiac73.blogspot.com |
Pemimpin akan teroka laluannya dari bawah sehinggalah menduduki kerusi ini. Bila sudah menduduki kerusi ini, usaha dilaksanakan dengan pelbagai cara supaya kekal mendudukinya. Di samping itu pelbagai pula caranya supaya tiada yang merebutnya.
Namun, bila terlalu lama mendudukinya, sedangkan daya kepemimpinannya sudah tiada lagi, timbullah suara supaya pemimpin ini tidak lagi menduduki kerusi ini. Sama ada bersara, bersara awal, berhenti, letak jawatan, lepaskan jawatan, dan seumpamanya.
Pemimpin boleh tidak menghiraukan suara ini.
Bila suara semakin lantang berbentuk asakan dan desakan, maka muncullah apa yang disebut peralihan kuasa. Erti yang menjadikannya nyata ialah yang dilakukan secara serta-merta. Namun jika pemimpin tidak mahu melaksanakannya namun untuk redakan asakan dan desakan, maka disyaratkan suatu tempoh. Sepanjang tempoh itu akan wujud rencana supaya peralihan ini menjadi terbatal.
Kita telah pun memahami ini dalam konteks pelan peralihan di antara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil, yang kini telah pun terkubur. Apa yang dipersetujui bertempoh 3 bulan kini kembali 3 tahun genap.
Walaupun itu masih dipertikaikan, namun yang menjadi bualan utama kini ialah hal yang sama atau serupa atau semacam dijangka akan berlaku dalam pelan peralihan di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak.
Setakat ini, sudah ada yang menyuarakan bahawa pelan peralihan itu akan terbatal, dan Abdullah Ahmad Badawi akan kekal di kerusi Perdana Menteri Malaysia, selagi dia mahu. walaupun tengah malam 1 Jun 2013. Ataupun jika mungkin 1 Jun 2100.
InsyaAllah, bersambung...