Gelombang Rakyat

Pemimpin UMNO - Siapa Ada Pasukan Kau Kutuk Kami Letup

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.




Perhatikan berapa ramai pemimpin UMNO, Blogger puji pun tidak kutuk pun tidak. Ada pemimpin UMNO yang baik, Blogger puji baik. Ada pula pemimpin UMNO yang buruk Blogger pun kutuk.

Namun oleh kerana pemimpin yang baik hanya Lah sedikit bilangannya kini dalam UMNO berbanding pemimpin yang buruk, maka sering kedapatan kutukan Bloggers pada pemimpin begini.

Namun, eh! eh!!

Ada kah pemimpin UMNO yang pasang satu pasukan yang mana pemimpin kesayangan mereka tidak boleh ditegur langsung?

Apa ini? Nak bawak budaya baru yang buruk padahnya ke dalam UMNO kah?

Jika nak dikira pakai kontena, lihat Lah betapa negarawan seperti Mahathir Mohamad pun kena tegur.

Anwar Ibrahim yang bukan dalam UMNO lagi pun tidak terlepas, beberapa kontena teguran...

Abdullah Ahmad Badawi jangan cerita Lah, sampai 9 Mac 2009 pun akan banyak kontena teguran yang dia akan kena.

Mohd Najib Abdul Razak sedang menerima beberapa kontena teguran sebelum pun menduduki kerusi itu.

Pemimpin UMNO sendiri menegur UMNO dan pemimpinnya sendiri. Kenapa bila blogger buat yang sama dilibas semacam. Ancaman! Ugutan!!

Lihat apa yang blogger, seperti Mantra author Blog In Deep Tots... terima...

... unleash me

My Photo
MANTRA
Melaka, Malaysia
Me a skeptic? Proof that I'm wrong!!! The other side of me... ONLY WHEN I SMILE
View my complete profile
Letupan apa itu?
Pernah baru-baru ini sejenis bahan letupan dibaling ke rumah keluarga pemimpin pembangkang. Tanpa menuduh UMNO, namun yang begini sudah bermula. Usah Lah pula jadi trend.

Elok kah jika begini menjadi trend di Malaysia?

Pemimpin UMNO renungkan Lah...

Begitu juga yang lain-lain...

0 comments: