Gelombang Rakyat

Pengangguran - Ekonomi Ngeri & Pemimpin Kerajaan Mungkin Sedang Leka

Saya sudah mula melihat ada yang tidak bekerja berkemungkinan syarikat ditutup. Barangkali kesan kenaikan barang dan kos yang tinggi.

Ribuan graduan akan keluar Institusi Pengajian Tinggi ke pasaran pekerjaan. Dari dalam dan luar negara.

Pekerja asing sudahkah ditangani sepenuhnya.

Semua ini bakal meningkatkan jumlah ahli masyarakat yang berhutang. Peningkat khidmat Along.

Jika berlarutan, ketiga-tiga isu ini bakal meningkatkan kadar jenayah. Bagaimana status jenayah di Malaysia ketika ini. Adakah sesiapa yang mengambil berat menanganinya?

Semua ini bermula dengan ahli politik tidak memberi perhatian kepada ekonomi negara.

Langkah reaktif dan bukan proaktif total, dengan memperkenalkan rangsangan tidak akan menampakkan hasil yang memuaskan jika sekadar ala-kadar sahaja.

Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com

Sepertimana yang sedang dilakukan Mohd Najib Abdul Razak sekarang, tidak serius, semacam main-main belaka. Baca Lanjut Di Sini: http://egagah.blogspot.com/

Jika melepaskan batuk ditangga pun, tidak memuaskan. apatah lagi, sudah semacam TB atau Barah Kerongkong.

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan seterusnya apa yang bakal berlaku...

8 comments:

tepet said...

ni berita tipu... hik hik hik.. eknomi malaysia kukuh...mana ada sobab depa nak buang pekerja... mana bulih ujudnya pengangguran... hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Cuba Tepet periksa dengan Kesatuan Tukang Sapu Se-Malaysia,

jika semua bekerja lagi okay Lah.

Khabarnya Cik Yam dah jual nasik lemak laa nii.

Kalau tipu dia tipulah semua berita ini.

Cik Yam jando mudo kono belanjo den nasik lomak free!

tepet said...

cik yam jual nasik lomak sambil menyapu... bak kato gomen bawak teksi sambil jual kopok...top up.... den ikut saranan gomen... menambahkan pendapatan hik hik hik

Anonymous said...

pengangguran amat tidak relevan bagi saya kerana saya yang belum graduate telahpun dapat kerja untuk semester break dan jawatan yang saya isi ini adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan orang sudah graduate. tak ada kerja atau tak pandai cari kerja? :)

cik yam, sebelum beralih karier jual nasi lemak awalnya menyertai MLM tapi tak maju. hahaha~

Gelombang Rakyat said...

Betul Sarah,

Sebenarnya peluang pekerjaan amat banyak di Malaysia.

Kini tiada seorang graduan pun yang menganggur.

Cik Yam buat Luxor part time secara Home Business.

Hahahahaha...

Gelombang Rakyat said...

Betul Tepet, jika semua Menteri berfikir begitu, maju Lah Rakyat dan makmor Lah negara.

Menteri fikir, apa susah aku ada kerja, ada gaji, ada elaun, ada segala macam, rumah, pakai, makan minum.

Rakyat patut mencontohi aku. Jadi tak perlu Lah aku fikirkan soal pengangguran, peluang pekerjaan dan seumpamanya.

Anonymous said...

Kepada Tepet dan Sarah

Tahukah anda Kilang2 di Penang dah mula kurangkan production. Ada yg dah start tak ambil pekerja dan paksa pekerja ambil cuti tanpa gaji. Ada pula yg paksa pekerja berhenti.

Jangan fikir diri sendiri sahaja. Tak bermakna anda dah ada kerja ekonomi tak gawat. cuba baca surat khabar dari luar negara tentang laporan ekonomi dunia

Mungkin anda tak baca langsung agaknye.

Gelombang Rakyat said...

Begitu juga pemimpin negara, tidak boleh fikir dia ada kerja makan cukup dan hidup mewah, lalu tidak peduli Rakyat Malaysia.

Nikmat mestilah dikongsi bersama...