Politik Wang UMNO Beralih Tumpuan?
0 Comments
»
Mahathir Mohamad
www.smh.com.au
Kenapa Mahathir Mohamad yang ada senarai menyatakan ada 3 opsyen?www.smh.com.au
* Serah senarai kepada Lembaga Disiplin UMNO,
atau
* Serah senarai kepada Badan Pencegah Rasuah,
atau
* Siarkan senarai di Blognya Blog Che Det.
Kenapa? Kenapa tidak 1 cara sahaja? Atau 2 opsyen?
Dirasakan Mahathir Mohamad tahu, akan ada pengamal politik wang akan dipelihara daripada didedahkan kepada awam. Benar?
Setakat ini dilaporkan terdapat 1,000 aduan perihal amalan politik wang membabitkan pemimpin dalam UMNO.
75 peratus dikatakan sebagai palsu, fitnah, atau bertujuan frame-up.
25 peratus lagi ada kes yang boleh dikenakan tindakan disiplin.
Tumpuan lazimnya ialah kepada yang 25 peratus ini dahulu. Kemudian barulah yang 75 peratus tersebut.
Namun tumpuan semacam telahpun beralih kepada yang 75 peratus itu dikenakan tindakan disiplin.
Jika demikian, kenapakah banyak aduan berasaskan busuk hati dalam UMNO? Ataukah mereka ini perlu diberikan peluang untuk menambah jelaskan bukti?
Bila dan berapa puluh tahunkah 25 peratus kes itu akan diselesaikan? Ataukah mereka akan selamat dipelihara sehingga selepas Perhimpunan Agung UMNO.
Sementara itu, pihak Badan Pencegah Rasuah perlu memikirkan kenapa ada aduan yang tidak sampai kepadanya. Kata kunci Pencegah itu tidak bermaksud ada aduan baru bertindak. Renungkanlah.
Kini seperti Mahathir Mohamad, semakin bertambah orang yang merasakan tiada pihak di dalam atau di luar UMNO yang mahu atau mampu membersihkan parti UMNO daripada amalan keji politik wang ini.
Pengamalnya akan berterusan, mungkin bertambah, untuk ratusan tahun mendatang...
Kepemimpinan Melalui Teladan ala UMNO.
Berkaitan:
Satu pos yang mendalam, panjang dan lebar perihal amalan dan pengamal politik wang ini, di Blog APA ADA PADA NAMA:
Masih ingat ini?Ahad, November 23, 2008
BERAPA JUTA AHLI UMNO TABUR DUIT?
InsyaAllah bersambung...