Raja Petra Kamaruddin Bebas - Mahkamah Sebut Syed Hamid Albar
Syed Hamid Albar id.wikipedia.org |
Ada Kekhuatiran
Bahawa
ISA
Boleh Disalahgunakan
Apa Keputusan Mahkamah
Berkaitan
Penahanan
Raja Petra Kamaruddin
?
Raja Petra Kamaruddin
pinkturtle2.wordpress.com
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
01. Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, daripada penahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya.
02. Dalam penghakimannya Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.
03. Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
04. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.
Raja Petra diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Azhar Azizan Harun, dan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad.
Artikel 149 Perlembagaan merujuk antara lain kepada kesalahan menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam.
Seksyen 8 (1) ISA pula menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri.
Kita akan saksikan apa yang akan berlaku seterusnya, terutama yang membabitkan keputusan Syed Hamid Albar berkaitan penahanan Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA ini.
Berkaitan:
BERNAMA melaporkan:
07 November, 2008 10:35 AM
Raja Petra Dibebaskan Daripada Tahanan ISA
SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, daripada penahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya.
InsyaAllah, bersambung...