Senarai Pengamal Politik Wang - Mahathir Perlu Dedah Atau Tidak?
Mahathir Mohamad www.smh.com.au |
Ada yang tidak kisah. Ada juga yang mahu Mahathir Mohamad melakukan sesuatu dengan mendedahkan senarai itu. Ada pula yang mahu Mahathir Mohamad TIDAK mendedahkan senarai itu.
Hakikatnya aduan yang sampai terus kepada Mahathir Mohamad adalah individu dan kumpulan yang yakin kepadanya dan tidak yakin dengan yang berkenaan dalam UMNO. Contohnya dikhuatiri senarai itu diram atau diperam, dan senyap begitu sahaja.
Mahathir Mohamad pula tidak akan sewenangnya menerima apa sahaja aduan, terutama aduan berunsur fitnah atau "frame-up". Dijangka aduan tersebut berasas kukuh, dari yang ada kredibiliti kepadanya yang memang diketahui kredibilitinya.
Opsyen yang ada ialah menyerahkan senarai tersebut kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Seandai tidak berhasil, senarai tersebut diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah. Jika tidak berhasil juga, senarai tersebut akan dipaparkan di Blog Che Det.
Dari situ, senarai tersebut akan mendapat liputan meluas pula.
Kita saksikan apakah keputusan Mahathir Mohamad tidak berapa lama lagi.
Sementara itu, terdapat satu pos yang mendalam, panjang dan lebar perihal amalan dan pengamal politik wang ini, di Blog APA ADA PADA NAMA:
Ahad, November 23, 2008
BERAPA JUTA AHLI UMNO TABUR DUIT?
Kepada broker-broker politik UMNO, tarikh 9 Oktober 2008 adalah tarikh keramat untuk mereka meraih seberapa banyak duit yang mereka mampu. Pada broker politik, ‘penjual’ adalah perwakilan yang mempunyai hak mengundi, ‘pembeli’ adalah calon yang bertanding, dan ‘harta’ yang ingin diurusniagakan ialah UMNO-parti keramat orang Melayu.
Sambungan di sini:
http://shaifulbahri.blogspot.com/2008/11/berapa-juta-ahli-umno-tabur-duit.html
Berkaitan:
Dari Blog Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan:
Dari Blog Tukang Sapu:Mahathir wajar dedahkan senarai pemimpin Umno yang rasuah
Dikirim pada November 24, 2008 oleh HermanSamsudeen
Tukang Sapu
Nov24KERAJAAN MALAYSIA YG ADIL LAGI SAKSAMA
JOHOR BAHRU 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.
Apa macam Che Det..? Dedah Atau Tidak?