Gelombang Rakyat

UMNO Sudah Berjaya Pendapatan Orang Melayu Cukup Selesa

Nampaknya tidak banyak yang patutnya dilakukan oleh UMNO. Ramai para pemimpinnya boleh goyang kaki, tidor, relaks, dan hidup selesa.

Ini adalah kerana ramai Orang Melayu sudah hidup selesa. Lagi pun semua mereka cukup makan.

Ini buktinya:

Dari Blog Other Perspektif:

Thursday, November 13, 2008

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

KUALA LUMPUR 11 Nov.(Utusan) – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.
‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.
Tahniah!

Dalam keadaan ekonomi negara yang kukuh kini, kata para Menteri Kewangan Malaysia I dan II, dan harga macam-macam yang berpatutan dan agak rendah sekarang, contohnya Roti Canai turun harga sposen, sebagaimana diumumkan Menteri berkenaan, maka pendapatan yang sedemikian selesa itu, mampu lah mereka kecap nikmat kehidupan dengan penuh selesa.

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

'Budi baik' pemimpin kerajaan ini akan kita kenang sampai mati...

Gelombang Rakyat said...

Sudah barang tentu Kluangman,

Terutama kebijaksanaan sponsen, Roti Canai itu.

Tak ku lupa...