Ada Rindu Pada Pemimpin Dan Kepemimpinan Memajukan Rakyat dan Memakmorkan Negara Malaysia
Hari ini, seronok melayari internet, dan mencari bahan berguna supaya dikongsi dengan Mahasiswawi sebuah Fakulti di UiTM.
Di samping minat berblog, turut dibaca pos dari Blog yang menyentuh topik bermakna bertepatan minat saya.
Apa yang dapat saya pelajari?
Ya, ada rindu di kalangan kita pada kebangkitan seorang pemimpin dan kepemimpinannya memanfaat untuk memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.
Satu penghalang besar yang kelihatan, sejak 8 Mac 2008 hinggalah kini dan berterusan ke 9 Mac 2009, barangkali, ialah Abdullah Ahmad Badawi masih mahu kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Oleh kerana tiada apa yang dilakukannya untuk memanfaatkan kita, dan apa yang telah dilakukannya memudharatkan kita, jadinya dengan dia kekal berkuasa di kerusi Perdana Menteri Malaysia, hampir semuanya semacam at a standstill. Mati Terpacak.
Walaupun tidak berfungsi sebagai pemimpin negara yang utama tetapi unggul, dengan kekal duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, para pemimpin lain tidak berpeluang menggerakkan agenda besar dari kerusi itu.
Para pemimpin lain sibuk, yang sibuk dan menyibuk, namun kelihatan kegiatan harian banyak tertumpu kepada persiapan P 44 Permatang Pauh, P 36 Kuala Terengganu, dan masing-masing mahu mengekalkan kuasa dan kerusi dalam pemilihan parti masing-masing.
Ketiadaan pemimpin sebenar dari UMNO dan Barisan Nasional yang prihatin terhadap kita, maka yang ada ialah para pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan kerajaan negeri masing-masing dalam kuasa Pakatan Rakyat.
Entah bila Anwar Ibrahim akan bangkit menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia, mungkinkah selepas PRU 13?
Terkini ada rindu pada pemimpin dan kepemimpinan yang memajukan Rakyat dan memakmorkan negara Malaysia.
Perjuangan diteruskan untuk mempastikan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu...