Bila Cuit Sikit Memilih Untuk Tidak Mencuit Lagi Saya Tercuit
Di kalangan Rakyat Malaysia tidak sedar yang saya mula memblog sekitar December 2006. Setelah mendapat galakan Rastom Abdul Rahman di Blog Halwa Romantis.
Asal mulanya ingin berkenalan dan berinteraksi dengan Bloggers serata dunia yang punyai Blog di Bloggosphera ini, melalui Social Networking Portal.
Banyak kenangan manis bersama mereka. Sehingga kinipun masih kekal satu Blog untuk meneruskan jalinan kemesraan dengan mereka, akrab.
Namun PRU 12, saya terpanggil untuk berada di Malaysia dan memblog perihal subjek dan topik yang dekat di hati, di Malaysia.
Ada yang menyangka saya memblog pasal politik. Bidang ini masih banyak yang saya tidak tahu dan saya terus belajar lagi. Lama juga memanfaatkan ketokohan Mahathir Mohamad di Blog Che Det.
Di antaranya:
Tajuk Blog sentimental. Disebabkan blog awal saya mengguna perkataan Total, jadi saya kekalkanlah di sini. Ada satu blog yang saya gunakan nama sendiri.
Pemilik Blog dikenali sebagaimana Blogawan begitulah Dirinya. Tiada nama samaran, dan tiada Anonymous.
Bukan avatar palsu. Bagaimana orangnya begitulah gambar pilihan untuk avatar. Cuma wajah saya sudah jauh lebih tua daripada gambar yang digunakan. Tujuannya ialah supaya carian di enjin bakal mendapati orang yang sama.
Zubli Zainordin
Komen dipermudahkan terbitnya. Komenlah apapun. Asalkan tidak mencarut yang didapati ofensif kepada pembaca. Abjad terpeliot berwarna itu ditiadakan. Tiada simpanan untuk moderation. Namun, blog saya, saya pertimbang untuk padam. Pun, komen yang bagus dan bernas saya naikkan menjadi pos.
Saya blog berkongsi:
Informasi mengenai para pemimpin politik Malaysia dan bagaimana masing-masing mempengaruhi Rakyat dan Negara Malaysia.Sesekali supaya tidak terlalu serius dan ada minat bab berkaitan, saya pos juga.
Seronok memblog, ada pos paling tidak satu sehari untuk memanfaatkan pengunjung dan pembaca. Juga yang komen jika sudi.
Dari awal ketika memblog saya telah mendapati Abdullah Ahmad Badawi pemimpin yang baik, namun kepemimpinannya tidak molek berterusan kerana tidak memanfaatkan malah memudharatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Kemudian bertambah jika sekiranya pemimpin politik lain yang kepemimpinannya bagus atau teruk.
Selain itu saya melawat Blog, membaca Pos, letak komen.
Tercuit jika rakan Blogger kena. Umpamanya, Raja Petra Kamaruddin, Penarik Beca, Kickdefella, dan mungkin ada lagi yang selain mereka.
Baru-baru ini muncul individu Anonymous yang bergerak ke merata Blog dan komen sejenis yang menghairankan cara dan gayanya.
Ada juga Blog dibangunkan untuk menangkis dan menghentam Blog yang lain.
Kemudian, ada kalangan pemimpin politik yang mula menyertai dan juga memasang individu memasuki Bloggosphera.
Ini fenomena terbaru, kerana sebelumnya Blogger ialah Beruk. Peranan Bloggawan tidak penting. Teguran mereka diperlecehkan.
Pun begitu, ada sengatan mereka yang boleh mempengaruhi keputusan PRU.
Dalam kerancakan Blog Baru yang hebat naik di Bloggosphera, terkini, belum diketahui cerita sepenuhnya, namun Bloggawan mengakhiri posnya di Blog Cuit Sikit!
Adeh!Thursday, December 11, 2008
Yang Bermula Pasti Berakhir
Hari ini merupakan hari terakhir blog ini. Blog ini antara blog terawal yang menjadi pengkritik dalam UMNO. Seingat saya hanya Sang Kelembai lebih awal dari saya. Mohon maaf jika salah fakta.
Sambungan di sini:
http://cuitsikit.blogspot.com/2008/12/yang-bermula-pasti-berakhir.html
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan, macam-macam yang sedang berlaku dalam Bloggosphera, terutama kepada kita di sudut Blog di Malaysia.