Gelombang Rakyat

Dollah Yankee - Pos Dilema Perdana - Dr M Pak Lah Najib

Dari Blog Dollah Yankee, kritikan ini:

Anda boleh analisis sendiri artikel tersebut di-sini:
http://chedet.com/
dollah yankee- 'it take a thief to know a thief',pun dah dok agak juga sampai paras 75% yang dollah badawi tidak akan tinggalkan putrajaya pada mac nanti.
Ini satu Dilemma Perdana.

Mahathir Mohamad sudah dapat menghidu apa yang Abdullah Ahmad Badawi bakal lakukan, dan jangkaan awalnya Mohd Najib Abdul Razak tidak akan merasa menjadi Perdana Menteri Malaysia, walaupun pada 9 Mac 2009.
Gesaan Dr M Terhadap Pak Lah
campus-pj.blogspot.com
Sedari awal, Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.



Namun jika ini berlaku dan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal, ramai orang lain pun akan tergolek sama. Bermacam yang telah dilakukan, termasuklah tindakan pelek dan mengena. Di antaranya ialah:

* Meletak Mohd Najib Abdul Razak supaya terajui pilihanraya P 44 Permatang Pauh. Abdullah Ahmad Badawi berjaya membuktikan bahawa Mohd Najib Abdul Razak bukanlah pemimpin yang mampu membawa kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil. Ini satu gambaran kekalahan PRU 13 sekiranya Mohd Najib Abdul Razak mengambilalih kerusi Perdana Menteri, kerana orang tidak nampak sumbangan bermakna Mohd Najib Abdul Razak pada PRU 12 nan lalu.

* Pertukaran portfolio dan kementerian di antara Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, yakni Pertahanan dan Kewangan. Terdedah hal pembelian Eurocopter E725 Cougar, dan sehingga kini Lim Kit Siang terus mendesak supaya Azmi Khalid mewakili PAC membentang laporan di Parlimen. Ada lagi pendedahan di kementerian ini. Sementara itu, semakin hari semakin jelas bahawa Mohd Najib Abdul Razak tidak mampu memberi gambaran kewangan negara dan bukan orangnya yang bleh terajui satu penyelesaian ekonomi negara.

* Ada lagi beberapa isu seperti persepsi dan kadar jenayah di Malaysia. Pendekatan pemantapan Barisan Nasional.
Abdullah Ahmad Badawi
dppkt.wordpress.com
Simpulkatanya, jika Abdullah Ahmad Badawi pemimpin yang hilang di alam mimpi, maka Mohd Najib Abdul Razak pemimpin yang hilang di alam fantasi. Persepsinya perihal beberapa hal nasional tidak rasional malah fantastik.
Mohd Najib Abdul Razak
www.bloomberg.com
Jelasnya kedua-dua mereka bukan world-class number 1 substance untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ramai lagi yang lebih baik, kini berada sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Secara angka kepemimpinan mereka berdua baru sampai tahap 10 dari jumlah penuh 100.
Anwar Ibrahim
classnews.asia
Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Azizan Abdul Razak, Muhammad Nizar Jamaluddin, Husam Musa, Saifudin Nasution, dan ramai lagi yang jauh lebih hebat di angka 50 ke atas dari jumlah penuh yang sama.

Inilah Dilema Perdana, di mana Dollah Yankee nampak, Mahathir Mohamad mahu supaya Abdullah Ahmad Badawi bersara awal 9 Mac 2009, setelah tidak meletak jawatan sejak 9 mac 2008.

Pun begitu, ramai yang mula nampak Mohd Najib Abdul Razak bukanlah pilihan terbaik untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia. Barangkali untuk suatu tempoh dia bolehlah disaksikan kepemimpinannya sebagai Presiden UMNO. Ketika di sini, tidak kisah Lah jika Mohd Najib Abdul Razak tidak ada idea baru, sekadar meneruskan tradisi Abdullah Ahmad Badawi. Semakin ramai tidak kisah pun jika UMNO berkubur ketika mereka menerajuinya.

Demikian juga pandangan Tengku Razaleigh Hamzah, yang memanaskan suasana:

Pak Lah can stay on as PM if he wants to, says Ku Li

By Adib Zalkapli

Tengku Razaleigh says he would continue to support Abdullah.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Perdana Menteri? Belum ada yang sampai ke tapak kaki berpijak Mahathir Mohamad.

Jadi jika bukan Abdullah Ahmad Badawi dan bukan Mohd Najib Abdul Razak di kerusi Perdana Menteri Malaysia, siapakah?

Siapakah?

0 comments: