Fokus P 36 Kuala Terengganu - Pengundi Saksama & Ahli Parti Sabotaj Dalaman
0 Comments
»
Jika Pengundi umumnya memberi undi sama banyak kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, mungkinkah kemenangan masing-masing ditentukan oleh berapa ramai ahli parti masing-masing yang sabotaj dari dalam kerana tidak puas hati dengan teraju pilihanraya.
Nampaknya ada kemungkinan.
Malaysiakini melaporkan:
Wah!
KT 'lebih panas' daripada Ptg Pauh Muda Mohd Noor | Dec 9, 08 5:22pm Umno meramalkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan PAS, "lebih panas daripada pilihanraya Permatang Pauh."
Sebahagian puncanya, kata anggota biro penerangan Umno negeri Zulkifli Nasir, akibat sabotaj di kalangan penyokong Umno jika calonnya bukan ketua bahagian berkenaan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Perincian laporan di sini:
http://www.malaysiakini.com/
Kemenangan kehendak teraju pilihanraya sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, adalah kekalahan calon masing-masing kerana ahli parti melakukan sabotaj.
Bagaimana?
Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...
Apapun ada peluang mempastikan Barisan Nasional kalah lagi, dan di P Kuala Terengganu juga.