Gelombang Rakyat

Kenapa Pemimpin Tidak Mahu Guna Saluran BN

UMNO teraju Barisan Nasional. Memang seronok bila semua pemimpin parti komponen semacam UMNO.

Bila UMNO kuat, biasanya pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional, enggeh "Ya!" sahaja. Namun ketika UMNO kini tidak kuat, ada pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional mula gertak dan ada yang memancutkan isu yang paling sensitif.

Pancutan ini, dilakukan menerusi media massa dan mendapat publisiti yang meluas.

Pemancut isu, dipandang sebagai hero. Namun kedudukannya panas bila yang terkena pancutan itu mula respons melalui media massa yang sama.

Soalnya kenapa isu begini tidak disuarakan melalui saluran Barisan Nasional?

Tetapi, itukah soalnya?

Sedangkan ada yang merasakan saluran itu jejel atau tersumbat. Pun, saluran itu tidak berkesan. Mungkin disuarakan dan disenyapkan begitu sahaja.

Sebab itulah ada saluran yang jauh lebih memenuhi hajat.

Inilah yang sedang berlaku.

Kita saksikan berpeluh tidak pemimpin atasan parti dan gabungan Barisan Nasional menangani isu ini.

Setakat ini, panas!

Berkaitan:

Soi Lek, Zaid, dan PPP parah diamuk Umno...
Dilulus terbit pada Monday, December 01 @ 19:32:23 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh hermansamsudeen

0 comments: