Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Burok Siku

Hasratnya untuk berkahwin lagi belum boleh menjadi kenyataan. Anak dara yang bakal dikahwininya punyia Lah lawa mengalahkan ratu cantik. Macam mana nak buat, nak selesaikan masalah penyakit burok siku ini?

Asalnya sikunya luka. Kemudian berkudis. Lepas itu menanah. Busuk baunya. Kini, sikunya membengkak sudah sebesar buah mempelam. Setiap minit membengkak, dijangkakan minggu depan sikunya akan sebesar buah kelapa muda.

Macam mana nak menindihkan kenangan malam pertama pada isteri, siku ini mendatangkan masalah baginya. Walaupun usia telah melebihi 50 tahun, kopi reggea yang diminumnya 10 cawan sehari belum menampakkan hasil.

Merata dia pergi jumpa Bomoh, Sinseng, dan pelbagai perubatan alternatif. Tetapi tidak berhasil. Sikunya semakin burok.

Satu hari dia dapat tahu pasal Pakar Perubatan Saraf baru balik dari England, muncul di kaca TV. Pakar Saraf Burok Siku.

Pagi itu, dia sudah daftar dan ambil nombor. Jururawat memanggil namanya, dan dia masuk bertemu Pakar.

Bila Pakar melihat siku yang burok itu dia terperanjat! Kemudian dia bertanya, "Encik nii kerja apa?" Maka dijawabnya, "Saya pemimpin politik".

Jawab Pakar, "Tidak syak lagi. Ini lubang bernanah nii, menunjukkan YB memang lama berpolitik. Biar saya bacakan apa yang dapat saya faham dari siku yang burok dan membengkak ini ya. YB sedang menuju ke arah nak kahwin dengan anak dara yang jelita. Namun terhalang kerana siku ini akan membengkak sebesar buah nangka. YB pernah simpan 8 GRO. Rasuah dan politik wang YB dah sebat lebih kurang berjumlah..."

"Sudah Lah tu, saya tahu apa yang telah saya buat. Beri sahajalah ubat, saya makan, siku saya boleh baik seperti sedia kala!!!"

Pakar itu menjawab, "Tiada ubat yang boleh sembuhkan siku ini, kecuali satu perkara sahaja..."

"Apa dia? Katakan saya akan lakukan..."

"Cuba tengok siku yang buruk membengkak ini ya. Disebelah lubang tengah menanah ini, ada garisan ke urat macam huruf L ini. Ertinya, dulu YB ada hadiahkan sesuatu pautan yang membantu seseorang yang sakit siku. Tetapi kerana dia berlainan pegangan politik, dan dia dituduh menyokong parti pembangkang, YB telah ambil balik hadiah pautan itu, menyebabkan penyakitkan tiba-tiba parah dan kemudian dia telahpun meninggal dunia."

"Jadi apa yang perlu saya buat sekarang?"

"Senang sahaja. Saya ialah anak orang yang meninggal itu..!"

...

Kuang! Jeng!! Ding!!!

Macam mana nii, pemimpin politik beri sesuatu dengan ikhlas kepada mangsa, kemudian ambil balik kerana mangsa disyakki menyokong pembangkang?

Adeh!

3 comments:

tepet said...

ihik ihik ihik....

ISA said...

Adusss.... sakit kepala ku....

Gelombang Rakyat said...

Maap deh!