Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Dari Kecik Dah Berbakat Main Politik Wang

Amalan Politik Wang
www.agendadaily.com
Pengikut: Betul ke, ada yang akui Bos pemimpin politik paling hebat pemain politik wang?

Ketua: Setakat ini track record aku begitu Lah.

Pengikut: Bos tak takut ke kalau kena?

Ketua: Macam mana nak kena? Ini bukan rasuah. Politik wang biasa Lah. Banyak kelemahan teknikal kita boleh main, jadi tak akan kena. Tambahan pula tahu sama tahu Lah kan?

Pengikut: Lama dah Bos main?

Ketua: Lama dah. Tak pernah kena pun. Mak aku cakap, dari aku kecik dah ada bakat main politik wang.

Pengikut: Macam mana tu? Cerita sikit...

Ketua: Masa aku kecik lagi, aku dah kumpul gambar pemimpin politik. Ada ceramah kat kampung aku duduk depan sekali. Bila orang politik bercerita, aku join sama.

Suatu hari Mak aku bawak aku pergi kedai. Pemilik kedai itu nampak aku sahaja dia bawak balang gula-gula paling sedap di pekan itu. Dia suruh ambik, aku tak ambik. Mak aku pun suruh aku ambik, tapi aku tak ambik. Lama-lama pemilik kedai itu yang berikan kepada aku, dan aku ambik. Mak aku tanya, tadi orang suruh ambik kenapa tak ambik?

Aku jawab, Mak tangan ini kecik, kalau ambik sendiri dapat sikit, tapi bila diberi dapat dua tapak tangan gula-gula percuma.

Pengikut: Hebatnya Bos.

Ketua: Sebab itu aku tidak seperti lain-lain pemain politik wang. Mereka low-class. Mereka ke sana ke sini meminta itu dan ini.

Aku lain, pemimpin pula yang cari aku. Tak cukup jutanya, dia orang tak datang jumpa aku.

Eh kau orang dah siap sedia nak ke Terengganu ni? Jom! Itu BIG Boss dah datang bawak wang.
Let's go...
Politik Wang Berleluasa
perisik-rakyat.com
Kepada yang menyangka politik wang tidak akan berlaku langsung di P 36 Kuala Terengganu...

Kuang! Jeng!! Kuang!!!

0 comments: