Gelombang Rakyat

Pemimpin Melawak - Maka Gurmit Kata Hangaq-hangaq Tahi...Ya!



Beberapa musim sebelum menjelang Hari Raya Aidil Adha 1429. Suaranya lantang konsisten dan berterusan. Bukan motif politik. Cintanya pada kemanusiaan dan eco-symbiotic relationships insan dan alam ini. Sebab itu disuarakannya sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Bukan selepas terjadi sesuatu tragedi barulah dilepaskan sepatah dua kata atau kurang daripada itu.

Kawan: Apa macam Bos? Itu Singh bising Lah.

Ketua: Biar Lah. Dia memang begitu. Teruskan projek kita. Janji masyiuk. Tak lama lagi Raya Haji, saya punya bank akaun number you masih ada kan?

Kawan: Usah risau, saya masukkan double tahun ini.

Ketua: Cantik!

Kawan: Tapi musim hujan tahun ini saya ada seram sikit.

Ketua: Biasa Lah tuu. Kalau terjadi apa-apa, pemimpin politik bising, media bising, orang ramai bising, itu Singh pun bising. Tapi sekejap sahaja. Bila mereka lupa, kita teruskan projek ini, dan kita buat banyak lagi projek...

Kawan: Cantik!

...

Berkaitan:

Dari Blog Profile Lim Kit Siang

No wonder, Dr. Benjamin George, who survived the Highlands Tower disaster, was not convinced that things would get better when he said: “In three months, the tractors will start work again. I have survived long enough to see all this nonsense repeated.”
InsyaAllah, bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Komen pantun dua kerat.....

Tahi ayam atas simen
Bila runtuh banyak komen

Komen menteri siang malam
hangat-hangat tahi ayam

nampak macam sudah serik
tahun depan teroka balik

struktur tanah tidak sesuai
kontraktor kata no hal

Suap sana suap sini
Permit pasti boleh bagi

Bina rumah cantik juga mahal
No problem pasti boleh jual

Orang ramai mudah lupa
Runtuh lagi padan muka!

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Terima kasih di atas komen berpantun ini.

Wow!