Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Kenapa Bila Berkuasa Eksyen Sangat Kasut Oii

Di suatu senja, di musim nan belum berlalu, sekitar kawasan pilihan raya di mana Replika apaka disampaikan baru-baru ini dari pemimpin pusat kepada pemimpin melutut...

Mak Chik: Lama saya perhatikan para pemimpin politik. Sepatutnya dari manusia menjadi insan mulia. Namun kenapakah memilih untuk jatuh menjadi seperti haiwani yang hina.

Dulunya elok, tetapi bila berkuasa sahaja:

Eksyen bukan main,

Cakap lepas-lepas,

Pandang orang lain penuh kehinaan,

Jalan hidung ke langit, sepatu tidak sedar kena taik,

Dengan kuasa yang ada bukan mahu memanfaatkan Rakyat, tetapi bersegera menganiaya mereka,

Kemudian membangga diri membuat keputusan yang tidak popular kononnya, macyiam dia baguih sangat,

Saban ketika mencari lubang, peluang untuk kenikmatan diri sendiri.

Kenapa sampai mahu membuat Rakyat rasa meluat.

Suara: Kenapa Mak Chik, cakap sorang-sorang nii?

Mak Chik: Soalnya Mak Chik tak pakai kasut besar macam ini. Mak Chik cuma pakai Terompah Kayu. Sebab itu dok membebel kat para pemimpin di Malaysia, usah Lah sampai jadi begini:

2 comments:

ISA said...

Nasib baik Bush ada ilmu tunduk dan mengelak, kalau tidak kecepek kena kat dahi... innalillah...

Kalau kat M'sia buat camtu, boleh ka? Rasanya nak juga baling kasut Made In Mongolia kat dahi orang tu...

Gelombang Rakyat said...

ISA,

Perhatikan Mak Chik itu, dia bukan sahaja ada sepasang Terompah Kayu, tapi barangkali dua kotak penuh!

Hahahaha...