Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Tragedi Sebegini Tidak Akan Berulang Lagi

Tragedi Highland Towers
www.ukhwah.com

NAMPAKNYA, TIADA SIAPA YANG BELAJAR TRAGEDI HIGHLAND TOWERS - Malaysiakini
Wednesday, December 10, 2008
KUALA LUMPUR: "Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers)."

Sambungan di sini:
http://jasindaily.blogspot.com/2008/12/nampaknya-tiada-siapa-yang-belajar.html

Tragedi Bukit 1

Wartawan 1: Apa kenyataan perihal tragedi tanah runtuh ini?

Pemimpin: Saya merasa sungguh sedih. Tragedi begini tidak sepatutnya berlaku. Saya akan sedaya upaya pastikan tragedi sebegini tidak akan berulang lagi.


Tragedi Bukit 2

Wartawan Yang Sama: Apa kenyataan perihal tragedi tanah runtuh kali ini pula?

Pemimpin Yang Sama: Saya merasa sungguh sedih. Saya amat marah. Tragedi begini tidak sepatutnya berlaku. Tamak, inilah akibatnya. Saya akan sedaya upaya pastikan tragedi sebegini tidak akan berulang lagi.


Tragedi Bukit 3

Wartawan Yang Sama: Apa kenyataan perihal tragedi tanah runtuh ini. Ini kali ketiga terjadi tragedi yang sama?

Pemimpin Yang Sama: Saya ulangi rasa sungguh sedih saya. Saya sekali lagi amat marah. Tragedi begini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tak pernah mahu belajar. Saya akan melipatgandakan upaya dan pastikan tragedi sebegini tidak akan berulang lagi.


Tragedi Bukit 185

Wartawan Yang Sama: Apa kenyataan perihal tragedi tanah runtuh ini. Ini sudah masuk 185 kejadian tragedi yang sama berulang lagi!

Pemimpin Yang Sama: Sila rujuk kenyataan saya pada kejadian tragedi yang ke 184.

6 comments:

bumilangit said...

harap itu bukan pemimpin pakatan

Anonymous said...

Pemimpin2 kita ni kan ramai pelawak, ada botak macam badot sarkas, ada bigfoot, ada katak lompat, ada air liur meleleh, ada monggol, ada sembab, ada anak toyol dan banyak lagi bila bercakap merapek2, terjerit2 dah macam orang sasau. tak caya cuba tengok sidang parlimen. Isu buat rumah kat lereng2 bukit ni hangat 3 bulan je lepas tu biasa la...Sapa tak nak duit beb!!!!

Anonymous said...

itu lah realitinya selama ini ...

dollahyankee- teringat satu ketika,
seorang ketua bahagian yang juga ahli majlis yg jaga pembanggunan.pagi-pagi pukui 6.30 pagi, developer bawa plan projek pi rumah dia,nak suruh sokong projek itu semasa mesyuarat ahli majlis.

Gelombang Rakyat said...

bumilangit,

Setakat yang diperhatikan diyakini pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai sifat sedemikian.

Jika tidak ramai yang akan tahu parti mana yang terkenal bab ini.

Gelombang Rakyat said...

Kejayaan Pak Lah menyatukan para pelawak ini menjadi satu komedi politik yang buruk dan teruk.

Gelombang Rakyat said...

Dollah Yankee

Najib sendiri pernah kata, do not treat UMNO like a money machine.

Sebab itu pemilihan dalam parti demikian teruknya perebutannya...