Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Budak Tingkat 4 Mula Disebut Orang UMNO - Kenapa?

Benar saya tidak tahu sepenuhnya, dan benarkah kewujudannya, apakah permainannya, dan siapakah mereka?

Minat baru bermula, bila Penarik Beca menyebut bahawa orang UMNO mula bercakap pasal Wan Ahmad Farid Wan Salleh, seorang daripada Budak Tingkat 4.

Wan Farid: Kutukan orang-orang Umno

Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut sebagai salah seorang budak Tingkat Empat dalam blog The "thirteen million plus Ringgit" guy. Baca posting ahli tegar Umno itu yang bertajuk "'Level Four Boys': Damaging bane for PM 'Flip-Flop' Abdullah?"

Sambungan di sini:

http://penarikbeca.blogspot.com/

Kemudian ikutilah di sini di sini di sini, di sana.
Lama juga saya kaji sekumpulan individu dengan agenda besar dunia, menyusun pergerakan dengan berpejabat di sisi pejabat Presiden Amerika Syarikat.

Ketika berbincang bersama beberapa Blogger di sana, ketika mereka melaksanakan gesaan menumbangkan George W Bush, saya sebutkan begini:
Menukar Presiden adalah fokus anda. Namun, pada saya ini tidak akan berkesan selagi anda tidak menukar siapa di belakang Presiden anda. Sekumpulan individu disatukan dalam pasukan. Mereka menjamin Presiden terus berkuasa, menyediakan peruntukan wang tanpa had, dan melayani idiosinkrisi Presiden - seperti jelly-bean, judi, seks, apa sahaja lah.

Dengan yang demikian itu setiap mereka tidak perlupun menjadi Presiden, merekalah Presiden sebenarnya, dengan hanya mereka diberi izin oleh Presiden untuk memegang bolanya.

Tambah saya, semua ini telah berlaku sejak Perang Dunia Pertama. Namun tahun depan sedikit cabaran menarik, di mana Presiden ialah sama ada di antara berbola hitam, atau tiada berbola.

Maka perlunya seorang Presiden baru, yang fokusnya ialah kemakmoran domestik dan dasar luar aman dan selamat. Tanpa menyerahkan apa yang paling berharga dicelah kangkangnya kepada kumpulan yang mahu memegangnya selagi dia duduk di kerusi Presiden.

Apa yang saya kongsikan dengan mereka, telah mampu menyedarkan mereka, dan mereka memilih untuk memihak kepada Barack Obama, bukan kerana kulitnya, tetapi dasarnya.
Di Malaysia, sejak 2003, seandainya betul kita memahami Abdullah Ahmad Badawi dari aspek kepemimpinan, dan penggantinya Mohd Najib Abdul Razak, dengan adanya Budak Tingkat 4, jika ada persamaan model di Amerika Syarikat itu, maka perlu ada usaha bersepadu melumpuhkan mereka.

Ertinya jika orang UMNO ada bukti bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh seorang daripada Budak Tingkat 4 ini, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin dan ahli UMNO sendiri mempastikan calon ini kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Sementara para pemimpin dan ahli PAS sudah jelas ketentuan mereka supaya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu. Kemudian UMNO dan Barisan Nasional kalah total di PRU 13.

Sama-sama kita selamatkan bola Perdana Menteri Malaysia selepas yang kini!

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

I agree with you. Tapi.... cakap pasal bola ni.... kena tanya empunya bola. Di sini ada dua kemungkinan. Satu, bila bola di genggan.. tengok cara gengamannya. Kadang-kadang empunya bola suka.... itu yang dia merelakan.

Kedua....kalau gengamannya menyakitkan sikit...mungkin dia tak suka... tapi terpaksa merelakan atau apa yang dia boleh buat... tempiskan saja tangan yang menggenggam tu dan sekeh kepalanya!!!!

Semuanya terpulang kepada empunya bola. Tepuk dada tanya Nobisa!!

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Betul itu.

Mana Lah tak seronok ya?

Depa kata, you tak perlu buat apa, boleh tidoq merata, makan gaji buta, kami handle semua.

Bola bagi kami pegang!

Adeh?