Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Najib Begitu Kah Cara Nak Bermain?

Najib
thinkvision.wordpress.com
Pada saya...
Zubli Zainordin
atotalblog.wordpress.com

Ini cara lama. Cara biasa. Cara yang lazim amalan dalam UMNO.

Namun, belum tentu boleh menang jika pun ini dilaksanakan. Masihkah kita ingat pilihanraya kecil tapi besar P 44 Permatang Pauh.

Jadi, Mohd Najib Abdul Razak, begitukah Cara bermain politik. Masih kah?

Tentunya, ramai yang mengetahui setelah membaca berita ini:

Terengganu bakal terima RM400 juta

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini.

Sambungan di sini:

http://www.utusan.com.my/

Tentunya ini tiada kena mengena langsung dengan pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu. Kan?

Jika demikian, para pengundi sepatutnya minta dan dapat RM 400 Billion. Ini adalah kerana RM 400 Juta terlalu sedikit. Tidak mencukupi. Banyak lagi yang perlu dibangunkan demi memanfaatkan Rakyat Malaysia di Terengganu dan Kuala Terengganu khususnya.

Selepas semua tuntutan dipenuhi, Para Pengundi bebas mengundi. Boleh memilih dengan memangkah dan beri kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana pemberian ini tidak ada kena mengena langsung dengan pilihanraya akan datang ini. Kan?

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Antara taktik lama mereka.....

Tabur duit berjuta-juta....
Bangunkan hantu-hantu raya....
Adakan majlis itu ini.....
Tabur janji manis....
Pelbagi projek tumbul melata....
Puteri UMNO dan UMNO putera bermaharaja lela...
Macam-macam provokasi.....
Dan lain-lain lagi!!!

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd,

Memang mereka tidak punyai strategi terkini untuk menang.

Apa yang buruk berlaku di P 44 Permatang Pauh, seperti disebutkan komen di atas, bakal berlaku lagi gamaknya di P 36 Kuala Terengganu.

Mum pos pedas punyia masa itu!