Gelombang Rakyat

Pak Lah Dulu Lena Laa Berbulan Madu Menjelang 9 Mac 2009

Abdullah Ahmad Badawi
www.topnews.in
Abdullah Ahmad Badawi nak buat macam-macam. Tapi, macam-macam dia tak buat.

Sayang sekali amanah yang dianugerahi-Nya disia-siakan begitu sahaja. Kita terpedaya.

Janjinya tinggal janji.

Kononnya mahu sedikit masa lagi, untuk menyempurnakan yang penting dan utama untuk Rakyat dan negara Malaysia. Kononnya lagi, dia tidak puas sekiranya ini tidak dilaksanakannya sebelum tempoh yang dia tetapkan itu tamat.

Namun, setakat ini tiada apa yang telah dilaksanakan atau disempurnakan ke arah itu. Tiada pencapaian yang boleh dia atau kita banggakan.

Membaca laporan media Abdullah Ahmad Badawi sibuk ke luar negara. Kita boleh periksa jadualnya sama ada agenda ini memanfaatkan dirinya sendiri atau memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Di suatu ketika, negara semacam ketiadaan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedua-duanya berada di luar negara serentak.
Mahathir Mohamad
bluebandar.wordpress.com
Untuk maklumat lebih mendalam, sila baca pos terkini Mahathir Mohamad, di Blog Che Det.

http://test.chedet.com/che_det/2008/12/abdullahs-march.html

7 comments:

Anonymous said...

Dolah dah sebat semua, bagi anak,menantu,bini dan kroni2 baru nak buat Suruhanjaya Rasuah.
Dia main wayang kulit,lagak macam orang baik tapi menipu.
Kalau dia benar jujur arah BPR siasat dia,anak,menantu,bini dan kroni2 keliling dia.
Saya hanya akan kata dia tidak rasuah jika dia berani buat bagitu dgn syarat tidak ikat tangan BPR.

mawar_merah said...

kalau kita suka kata orang macam-macam sebenarnya perangai kita sama je. sebab hanya jauhari saja yang kenal manikam. hanya pencuri saja yang tau perangai pencuri

Anonymous said...

Dear Zubli,

OH PAK LAH PERDANA MENTERIKU...

Bukan kerja untuk saya
Tapi kerja bersama saya
Semua orang kata hebatnya dia
PRU12 depa menang gila-gila

Lepas tu dia naik muka
Mula kaut khazanah negara
bagi pada anak menatu dia
sekelip mata depa kaya raya

Kata nak buat serba benda
tunggu punya tunggu habuk pun tak dak apa
dia asyik tidoq lena
di merata-rata di mana jua

Rakyat sedaq dah dia tak guna
sorong bantai suruh dia pi segera
PRU 13 depa putih mata
Lima negeri jatuh ke tangan kita

La ni apa nak di kata
kawan dan lawan menyampah kat dia
Cepat buat pelan peralihan kuasa
Kami tak mau hang dok lama di atas sana

Baru dia sedaq dari lena
serba serbi jadi tak kena
Najib kata hoorah aku jadi orang pertama
bakal jadi perdana menteri Malaysia

Rakyat kata hang jangan perasaan la
selesai dulu kisah altantunya
ekonomi negara meleset gila
dia kata kita okay aja

Dolah pening Najib garu kepala
PRK Kuala Terengganu bakal menjelma
Ekonomi teruk mana nak cari dana
untuk belanja pilihan raya

nasib tak baik hampa akan kecewa
Kami pula bakal rasa gumbira
Kuala Terengganu jatuh ke tangan kami pula
Huh.... sekarang apa hampa nak kata??????

Anonymous said...

Ooooops... PRU 11 depa menang gila-gila
Sorry tersilap dah....!

Gelombang Rakyat said...

Anonymous,

Pak lah memang teruk.

Gelombang Rakyat said...

Mawar_Merah,

Terima kasih di atas komen anda yang bernas...

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of 3 Mohd

Terima kasih di atas komen dengan sajak di atas. I really appreciate it.

Wow!